Bubur Kacang Opah (5/7)

Alhamdulilah. Tak sangka cerpen Bubur Kacang Opah ni dah sampai part 5 dah. Tinggal 2 part lagi, tamatlah cerpen Aku ni. Huhuhu... Aku masih lagi harapkan komen membina daripada KORANG semua. So, apa tunggu lagi? Tinggalkan la pendapat KORANG tu! aHAKS!

Kalau rasa segan nak berkomen kat blog Aku ni, emelkan saja komen, pujian ataupun kutukkan KORANG tu ke izalsyah@gmail.com dengan subject 'Komen Bubur Kacang Opah'. Enjoy!

Lagi; Bubur Kacang Opah part 1, part 2, part 3, part 4





BUBUR KACANG OPAH (5/7)

Oleh : Izalsyah

Suara Opah jarang-jarang sekali dilontarkan. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Riuh mulut Opah bercerita tentang perihal anak cucunya yang ramai tidak lagi kedengaran. Jika sampai waktu solat, khusyuk benar Opah berdoa sehingga kadang-kadang terdengar esak tangisnya.

“Seumur hidup Opah, dah berapa kali Opah sambut raya?” Pertanyaan Eddy hanya dijawab dengan senyuman lagi. Entah apa yang tersirat di sebalik kuntuman senyum itu, hanya Opah sahaja yang lebih arif.

“Rasanya…. Opah tak sempat nak beraya tahun ni….” Eddy tidak menyangka jawapan seumpama itu yang mengetuk gegendang kupingnya!

Bubur Kacang Opah Lagi

“Sejak Opah datang, hari-hari ada bubur kacang! Berbuka bubur kacang…. Takkan sahur pun bubur kacang juga! Muak la!” Angah mula merungut apabila dilihatnya semangkuk besar bubur kacang hijau terhidang di atas meja.

“Tak baik Angah cakap macam tu… Kan ke rezeki tu…” Nasihat Ayah.

“Betul tu Yah! Tahu nak kompelin saja…. Dah la masak tak reti!” Eddy mempertahankan hidangan kesukaannya itu. Angah mencebik bibirnya. (bersambung...)

Lagi; Bubur Kacang Opah part 1, part 2, part 3, part 4





Omel Izalsyah; "Jangan lupa tinggalkan komen, pujian ataupun kutukkan KORANG tu yeak! Cerpen ni tinggal 2 part je lagi." Huhuhu...

p/s: Cerpen ni pernah tersiar kat Berita Minggu pada tanggal 9hb Oktober 2005.




No comments: