Bubur Kacang Opah (4/7)

Alhamdulilah. Walaupun hari ni hari Ahad, hari bersantai, tapi Aku tak libur untuk post kesinambungan cerpen Bubur Kacang Opah bahagian keempat. Enjoy!

Lagi; Bubur Kacang Opah part 1, part 2, part 3


Pakej Web Jualan


BUBUR KACANG OPAH (4/7)
Oleh : Izalsyah

Opah
“Opah, berapa umur opah sekarang?” Tanya seorang cucu kepada perempuan tua itu pada suatu petang.

Dia hanya mengukir senyuman. Kerepot di wajahnya memang jelas kelihatan. Kedut yang membuktikan betapa banyak pengalaman hidup yang telah ditelannya. Rambut yang memutih semakin meninggalkan kulit kepala. Syukur matanya masih berkebolehan walau tidak seterang dulu. Cuma pendengaran yang sedikit uzur. Gigi juga telah banyak yang gugur. Opah sekarang hanya menjamah juadah yang lembut-lembut sahaja. Sesuai benarlah dengan seleranya yang semakin mereput.

Ingin sahaja Eddy mengulangi apa yang disoalnya sekejap tadi. Takut kalau-kalau telinga Opah gagal menjalankan tugasnya.

“Masa Jepun datang dulu, umur Opah dalam 18 tahun…” Opah mengalih semula pandangannya ke televisyen. Nyata ingatan Opah masih boleh diharap lagi.

Jika dihitung-hitung umur Opah, sudah hampir mencecah 80 tahun. Eddy masih lagi mahu berbual dengan ibu kepada ayahnya itu. Telah hampir seminggu Opah dirumahnya. Tetapi sikapnya amat berlainan sekali. (bersambung...)

Lagi; Bubur Kacang Opah part 1, part 2, part 3






Omel Izalsyah; "Sambung lagi!" aHAKS!



p/s: Cerpen ni pernah tersiar kat Berita Minggu pada tanggal 9hb Oktober 2005.




No comments: