Ustaz Zul Kantoi

KUALA TERENGGANU: Tiga puluh anggota polis terpaksa digunakan untuk menahan lelaki dikenali sebagai Ustaz Zul yang dikehendaki berkaitan kes rogol dan cabul bersiri membabitkan pengikut wanitanya, di sebuah banglo di Jalan Sultan Mahmud di sini, pagi semalam.

Ustaz Zul, 49, yang menggunakan pelbagai taktik licik ketika melarikan diri sejak 2003, akhirnya rebah kira-kira jam 2 pagi.

Menurut sumber, selepas menyerbu markasnya, polis mengambil masa satu setengah jam pula untuk membawa keluar lelaki itu dan 22 pengikutnya, termasuk seorang wanita, berusia antara 20-an hingga 40-an dari banglo itu.

Photobucket - Video and Image Hosting

Polis turut merampas dua keris kecil, pedang sepanjang kira-kira dua kaki yang disarung tongkat serta komputer riba, cakera padat video dan peralatan lain yang dipercayai digunakan pengikut terbabit untuk menjalankan aktiviti.

Ustaz Zul dan pengikutnya yang tidak bertindak agresif kemudian menaiki trak untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Katanya, sepasukan anggota polis mendapat maklumat mengenai kehadiran lelaki buruan itu, segera mengepung banglo berkenaan.

Ketika ditahan, kumpulan lelaki terbabit sedang melakukan latihan `nyanyian' untuk persembahan manakala Ustaz Zul menjadi tenaga pengajar mereka.

Siasatan mendapati, kebanyakan mereka orang luar termasuk dari Perak dan Johor.

“Polis menyerbu selepas mendapat maklumat kehadiran lelaki paling dikehendaki berada di banglo itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Hazam Abdul Halim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan Ustaz Zul.

“Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis daerah mengadakan kepungan di sekitar banglo itu sebelum menahan penghuninya, termasuk suspek," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurutnya, Ustaz Zul dibawa ke Mahkamah Majistret bagi mendapatkan perintah reman selama lima hari bermula hari ini hingga 5 Mac.

Mohd Hazam berkata, polis akan mendapatkan kerjasama Ibu Pejabat Polis di Kuala Lumpur, Selangor dan IPK lain yang berkaitan bagi membantu siasatan kes membabitkan lelaki itu.

Uztaz Zul diburu polis sejak 2003 selepas disyaki merogol empat gadis berusia 14 hingga 24 tahun termasuk di negeri ini, selain mencabul kehormatan seorang gadis,

Photobucket - Video and Image Hosting

Lelaki terbabit turut dipanggil ‘Abu’ dilaporkan licik bermain kata-kata cinta terhadap pengikutnya.

Difahamkan, lelaki itu turut mempunyai sebuah kem di Kampung Jenagor, Hulu Terengganu, yang menjadi tumpuan pengikutnya berkumpul selain dikatakan tempat pemulihan remaja bermasalah.


Kronologi kes Ustaz Zul;

3 September 2003
Polis memburu seorang pengusaha pusat kaunseling persendirian dikenali sebagai Ustaz Zul, 46, kerana disyaki merogol tiga gadis dan cubaan mencabul kehormatan seorang pelajar berusia 14 tahun di pusat pemulihan miliknya di Hulu Klang. Kes itu dilaporkan berlaku sejak September 2002 hingga Ogos 2003 di sebuah rumah pangsa di Keramat Permai, dekat Kuala Lumpur yang disewa lelaki terbabit dan di Kuala Berang, Terengganu.

4 September 2003
Polis meneruskan usaha memburu Ustaz Zul yang melarikan diri selepas menyedari mangsa membuat laporan polis. Suspek dipercayai sudah mengubah penampilannya bagi mengelakkan dirinya dikenali pihak berkuasa yang sedang memburunya.

5 September 2003
Polis Hulu Terengganu memantau pergerakan Ustaz Zul di sekitar kawasan hutan Jenagor, sekitar kampung di Kuala Berang dan kawasan Empangan Sultan Mahmud, yang disyaki menjadi tempat suspek bersembunyi.

Photobucket - Video and Image Hosting

21 Jun 2006
Seorang pelajar kolej di Terengganu membuat laporan polis mendakwa diperkosa oleh Ustaz Zul yang masih gagal diberkas polis. Suspek yang pandai menggoda melalui SMS didakwa sering berjanji kepada semua mangsa untuk berkahwin sebagai alasan memastikan mereka menutup mulut selepas kejadian rogol atau cabul.

22 Jun 2006
Beberapa bekas pengikut setia Ustaz Zul mendakwa menerima ugutan dan ancaman melalui SMS daripada rakan mereka yang setia kepada penjenayah terbabit termasuk seorang anak orang kenamaan di Terengganu yang berkomplot menyembunyikan suspek sejak lebih tiga tahun lalu.

23 Jun 2006
Ustaz Zul didakwa pernah menganjurkan majlis pernikahan batin lebih enam pasangan di kalangan pengikutnya, termasuk artis wanita berusia 30-an di Taman Melawati pada 2005.

24 Jun 2006
Beberapa pengikut setia Ustaz Zul yang diburu polis berhubung empat kes rogol dan cabul sejak 2003, didakwa kerap menganjurkan perhimpunan misteri di sebuah rumah teres di Taman Perumahan Puncak Alam, Shah Alam, setiap minggu. Perhimpunan itu yang disertai antara lima hingga 10 lelaki didakwa kerap diadakan setiap malam Khamis dan Jumaat hingga awal pagi.

30 Jun 2006
Ustaz Zul dipercayai menyembunyikan diri di kawasan pedalaman Kedah kononnya untuk bertapa. Maklumat mengenai kegiatan Ustaz Zul diterima berdasarkan pengakuan beberapa pengikut setianya selepas polis melancarkan gerakan mengesannya di negeri ini.

15 Julai 2006
Ustaz Zul yang masih menjadi buruan polis dikatakan terus menggunakan pelbagai cara termasuk menukar penampilan diri bagi mengelak dikesan. Suspek dikatakan bertukar wajah dengan mencukur janggut selain menukar serban bagi mengelak dicam pihak tertentu.

Photobucket - Video and Image Hosting

21 Ogos 2006
Ustaz Zul yang menjadi buruan polis didakwa aktif menyebarkan ajaran sesat dikenali ‘Jemaah Usul’ yang kononnya menjanjikan syafaat dan syurga kepada pengikut setianya. Penyebaran ajaran bercanggah dengan Islam yang dilakukan secara sulit itu, didakwa membabitkan upacara zikir meragukan dan nikah batin di kalangan pengikutnya.

8 September 2006
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, (kini Ketua Polis Negara) menegaskan fail siasatan berhubung penjenayah Ustaz Zul tidak pernah ditutup kerana laporan polis sudah dibuat.

28 Februari 2007
Ustaz Zul bersama 22 pengikutnya termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 40-an ditahan sepasukan 30 anggota polis yang menyerbu sebuah banglo yang dipercayai disewa dan dijadikan markasnya di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, kira-kira jam 2 pagi.



Sumber : Harian Metro Edisi 01-03-07



Kata Iazalsyah; "Sepandai-pandai tupai melompat!"




3 comments:

gadis paloh said...

molek dah tuh ostat zul botak tu kene cekuop.. nape dok tangkap budok2 muzik dendang anok dan org kuat dia skali??

ramai doh yg jadi mangse ie.. doktor pompuang hok ilang kemarin pun dia punye keje la tu... jahak sungguh..

HOPE USTAZ ZUL KENE TAHAN I.S.A JE MOLEK!!!!!!

nadhrah said...

wats da latest bout him? i really need to know. as one of my fren pengikut die....

Anonymous said...

JAHAT SUNGGUH USTAZ ZUL NI....