Bubur Kacang Opah (1/7)

Alhamdulilah. Hari ni Khamis, 6hb September 2007 bersamaan 24 Syaaban 1428H. Minggu depan, hari Khamis juga, Insya'ALLAH kita akan berpuasa.

Puasa???

Aikkk!!! Panik nampak. Rileks... Frankly speaking, Aku pun gelabah gak sebenarnya. Ahaks!

Dalam 2 tahun lepas, sebab gelabah nak puasa punya pasal, Aku try tulis sebuah cerpen ataupun cerita pendek tentang bulan Ramadan ni. Bukan apa, saja nak cari mood puasa sambil-sambil warm-up kata orang itu kan.

Lepas siap tulis cerpen tu, Aku rasa macam tak sabar pula nak puasa la! Tak sabar nak jemaah solat tarawih, excited nak pergi bayar zakat fitrah... Huhuhu...

Sebab Aku ni bukan jenis yang kedekut (aHAKS!), so Dari Keyboard Izalsyah, Aku dengan rasa rendah hati nak share cerpen yang pernah Aku tulis tu. Sebab cerpen ni boleh dikatakan panjang juga, Aku bahagikan kepada 7 part. Nanti kalau Aku longgokkan sekali, juling pulak mata KORANG membacanya! ;-D

Enjoy!



BUBUR KACANG OPAH (1/7)
Oleh : Izalsyah

“Betul tak aku kata… esok puasa!” Ucap Ipen dihujung tawanya. Geli hati apabila dia melihat corak muka teman serumahnya itu.

“Esok puasa? Adui….” Keluh Eddy. Kepalanya digeleng-geleng. Jemarinya mengalih rancangan televisyen selepas tarikh permulaan puasa diumumkan sebentar tadi. Gelagat Eddy tidak ubah seperti gadis sunti yang berdebar menanti malam pengantinnya. Resah dan gelisah seperti cacing kepanasan!

“Engkau ni kenapa? Sepatutnya kau rasa bersyukur… Dapat juga kau berpuasa tahun ni! Bukannya merungut!” Ipen menasihati rakan akrabnya itu.

“Bukan aku merungut… Cuma sedikit cemas. Cemas sebab aku belum bersedia…” Eddy menerangkan apa yang berlegar di benaknya.

“Belum bersedia? Apa?…. Kau ingat nak ambil ujian memandu ke?” Ketawa Ipen mula kedengaran sekali lagi. Bergema seluruh rumah.

“Betullah tu… Bulan Ramadan kan bulan menguji keimanan…” Kata-kata Eddy itu terus memadamkan gelak rakannya tadi.

Ramadan Yang Lalu

“Makanlah cepat! Ingat kalau ditenung…nasi tu boleh melompat masuk ke dalam perut!” Bebel Ibunya. (bersambung...)





Omel Izalsyah; "Aisey! Dah sambung pulak yea. Takpe. Esok Insya'ALLAH Aku bagikan sambungannya."

p/s:
Cerpen ni pernah tersiar kat Berita Minggu pada tanggal 9hb Oktober 2005.





No comments: