Bubur Kacang Opah (3/7)

Alhamdulilah. Seperti yang dijanjikan, Aku belanja KORANG part yang ketiga cerpen Bubur Kacang Opah.

Komen dan kritikan KORANG amat dialu-alukan. So kalau ada benda nak kutuk ke, nak puji, jangan malu-malu tinggalkan komen yea. Enjoy!

Bubur Kacang Opah bahagian pertama; KLIK DI SINI

KLIK DI SINI untuk Bubur Kacang Opah part kedua


Pakej Web Jualan


BUBUR KACANG OPAH (3/7)
Oleh : Izalsyah

“Uzur…” Pendek sahaja jawapan daripada Eddy. Seleranya makin galak apabila bau tomyam mula merangsang deria baunya.

“Niat puasa dah baca Eddy?” Pertanyaan Ayahnya membuatkan Eddy terhenti daripada menceduk kuah tomyam.

Bubur Kacang Opah

“Wah, Opah! Sedap bangat bubur kacangnya ini!” Eddy memuji-muji masakan Opahnya itu dalam loghat Indonesia. Sekadar untuk mencipta suasana ceria. Bubur di dalam mangkuk hampir habis dijamahnya.

Eddy tidak pernah jelak dengan bubur kacang Opah. Sudah empat hari berturut bubur kacang itu menjadi santapan wajib waktu berbuka. Namun keghairahan Eddy terhadap pemanis mulut tersebut tidak pernah pudar.

“Makanlah nasi pula… Asyik makan bubur saja…” Tegur Ibunya apabila Eddy menambah semangkuk lagi bubur kacang hijau itu.

“Sedaplah Ibu bubur Opah ni…. Tak macam yang Ibu selalu buat…” Kata-kata Eddy membuatkan emakya menjeling tanda meluat.

Opah disebelah hanya mendengar sahaja. Tiga biji buah tamar di dalam pinggan masih belum diusik. (bersambung...)

Bubur Kacang Opah bahagian pertama; KLIK DI SINI

KLIK DI SINI untuk Bubur Kacang Opah part kedua





Omel Izalsyah; "Macam biasa, sambung lagi! aHAKS! Insya'ALLAH esok ada bahagian yang keempat pula."

p/s: Cerpen ni pernah tersiar kat Berita Minggu pada tanggal 9hb Oktober 2005.




No comments: