Ajaran Khatijah Ali (Ajaran Tijah) Tak Sesat?

SHAH ALAM: “Maaf, ajaran yang saya bawa bukan sesat,” kata ketua kumpulan ajaran sesat Ajaran Tijah, Khatijah Ali (gambar), 53, ketika membuat pengisytiharan bertaubat di Bangunan Sultan Idris Shah (SIS) di sini, semalam.

Perbuatannya itu mengejutkan beberapa saksi, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat, Datuk Rahman Palil; Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid serta Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ini menyebabkan keadaan agak kecoh serta mengelirukan beberapa pihak termasuk wakil media sebaik mendengar kenyataan Khatijah.

Khatijah yang hampir 20 tahun mengamalkan ajaran terbabit sepatutnya membaca teks pengisytiharan itu membabitkan 11 perakuan tanpa membuat sebarang ulasan.

Bagaimanapun, dia sempat mencelah dengan menafikan dia sesat dan salah seperti dinyatakan dalam beberapa perakuan itu.



“Saya tidak melakukan kesalahan dan saya pasti apa yang saja ajar kepada pengikut tidak salah, sebaliknya kami lebih takut kepada Tuhan kerana tahu apa yang menanti sebagai balasan jika mengingkari perintah-Nya.

“Apa yang berlaku hanyalah salah faham kerana saya mengajar tanpa tauliah daripada Jais menyebabkan rumah saya diserbu dan terus dituduh sesat,” katanya sejurus majlis tamat.

Selepas itu, wanita terbabit diserbu wartawan sementara Rahman dan pegawai agama keluar untuk menghadiri majlis rasmi lain.

Ketika ditanya punca hampir 20 tahun ajarannya diwartakan sesat baru sekarang dia mahu membuat pengisytiharan bertaubat, Khatijah memberi alasan dia tidak setaraf untuk bertemu pegawai Jais atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Dia turut memanggil pegawai agama negeri untuk memberinya tauliah mengajar agama selain menggesa namanya dibersihkan daripada dikaitkan dengan ajaran sesat.



Sementara itu, Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar, ketika ditemui berkata, kenyataan Khatijah yang mendakwa ajarannya tidak sesat, tidak boleh diguna pakai kerana dia sudah membuat pengakuan kepada mufti.

“Minggu lalu, Khatijah bertemu mufti dan menangis di depan beliau sambil mengaku ajaran dibawanya sesat dan sanggup bertaubat.

“Dia turut mengatakan mahu membuat pengisytiharan taubat di depan kami. Dia mungkin mengeluarkan kenyataan tidak sesat ketika membuat pengisytiharan itu kerana mahu menjaga air mukanya, apatah lagi di depan pengikutnya,” katanya.

Menurut Abdul Majid, Khatijah dipercayai tidak menyangka pengisytiharan terbabit dibuat di depan khalayak ramai, termasuk mufti, Rahman selain media.

“Kami berharap pengisytiharan taubat dibuatnya ikhlas dan betul-betul kerana Allah swt,” katanya.



Ajaran Tijah atau turut dikenali Ajaran Khatijah Ali, diwartakan menyeleweng daripada ajaran Islam oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 6 Julai 1989.

Antara elemen sesat dalam ajaran itu ialah mendakwa rahsia manusia terletak di antara alif dan ba, menghuraikan perkataan kalimah serta memberi tafsiran mengelirukan berkaitan Israk dan Mikraj.

Wanita terbabit didakwa membawa dan mengamalkan fahaman ‘Wahdatul Wujud’ (hanya Tuhan wujud dan selain Tuhan tidak wujud) dan ‘Martabat Tujuh’ (perbincangan mengenai asal-usul kejadian alam semesta) serta menganggap ungkapan tokoh tasawuf sebagai hadis.

Dia juga dikatakan menambah nama ‘Saidatina Fatimah binti Rasulullah’ dalam dua kalimah syahadah.

Lagi Cerita Ajaran Songsang; Seks Bersih Dosa, Babi Halal, Haram Solat Jumaat, Jin Mat Salih, Lembu Cuci Dosa & 'Mukjizat' Punk


Pakej Web Jualan








No comments: