Bubur Kacang Opah (6/7)

Alhamdulilah. Hari ni 29 Syabaan 1428H besamaan 11hb September 2007. Hari melihat anak bulan kata orang tu. Bulan Ramadan nak bermula dah. Tapi cerpen Aku ni dah pun nak sampai ke penghujungya. Insya'ALLAH esok tamat la Cerpen Bubur Kacang Opah Aku ni...

Enjoy!

Lagi; Bubur Kacang Opah part 1, part 2, part 3, part 4, part 5





BUBUR KACANG OPAH (6/7)
Oleh : Izalsyah

Melihatkan Opahnya berjalan perlahan menuju ke meja makan, Eddy segera memapah warga emas itu. Menarikkan kerusi supaya selesa untuk Opah duduk. Senyuman manis Opah dihadiahkan kepada cucunya itu, sebagai ganti ucapan terima kasih.

“Opah…. Buka nanti… Opah tak payah masak bubur kacang ya… Angah jemu la…” Pinta Angah dengan manja. Sengaja dibuat-buatnya untuk menjaga hati sensitif Opah yang mudah sangat terasa.

“Jangan Opah! Buka nanti Opah masak bubur banyak-banyak…. Masak satu kawah!” Eddy membangkang keras permintaan Angah.

Opah…

Agak lewat sedikit Eddy tiba ke rumah pada hari itu. Lagi tujuh minit pukul 7 malam baru dia sampai. Selepas kuliah tadi, dia terus ke Eksposisi Kerjaya yang diadakan oleh kolej tempat dia menuntut. Sempat juga dia menghadiri dua tiga temuduga terbuka.

“Mak! Bubur kacang tak ada ke?!” Pekik Eddy dari meja makan. Mak dan Angah sibuk di dapur menyiapkan juadah berbuka. (bersambung...)

Lagi; Bubur Kacang Opah part 1, part 2, part 3, part 4, part 5





Omel Izalsyah; "Bila puasa? Esok ke lusa?" aHAKS!


p/s: Cerpen ni pernah tersiar kat Berita Minggu pada tanggal 9hb Oktober 2005.



No comments: