KRU Gilap Bakat Dafi

SEBAIK tersingkir daripada rancangan realiti pencarian bakat popular Akademi Fantasia Musim Kelima (AF5), ramai meramalkan masa depan Gadaffi Datuk Ismail Sabri, 19, atau Dafi dalam dunia seni gelap.

Bagaimanapun apabila rancangan realiti TV itu berakhir, tanggapan dibuat sebahagian peminat setia rancangan itu terhadap Dafi ternyata meleset.

Apakan tidak, jejaka asal Petaling Jaya itu kini menjadi antara bintang AF5 paling sibuk dengan pelbagai aktiviti seni termasuk menjadi pengacara dan memenuhi jemputan mengadakan persembahan.

Kerjaya seni Dafi dilihat lebih berkembang apabila baru-baru ini dia disunting KRU Records dan berada di bawah pengurusan syarikat itu. Selain itu, Dafi baru saja selesai merakamkan single terbaru, Bila Terasa Rindu ciptaan Edry.

“Alhamdullilah, setakat ini segala perancangan berjalan lancar. Saya turut berasa bertuah apabila KRU sendiri sudi mengambil saya untuk bernaung di bawah syarikat mereka.



“Sebelum ini sewaktu zaman kanak-kanak, saya cukup suka dengan kumpulan KRU dan lagu yang dihasilkan. Pada saya, KRU contoh terbaik kepada mereka yang mahu berjaya dalam bidang seni.

“Saya melihat mereka sebagai mentor, bagaimana mereka berjaya membina empayar sendiri dalam industri hiburan tempatan. Apabila berpeluang menyertai mereka, saya berazam mahu belajar dan sekali gus mengikut jejak langkah mereka,” katanya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dafi mengikat kontrak selama setahun bersama KRU Music.


Jelas Dafi, lagu single yang dirakamkan sudah mula berkumandang di radio dan setakat ini, maklum balas diberikan peminat terhadap Bila Terasa Rindu agak baik.

Walaupun ada yang memberikan komen, kata Dafi, kebanyakannya lebih ke arah membina untuk kebaikan kerjaya seninya.

Mengenai pengalamannya pertama kali memasuki studio rakaman, kata Dafi, pada awalnya dia agak gementar dan teragak-agak terutama membabitkan kawalan suara.



“Sebelum itu, Edry sudah memberikan saya lagu Bila Terasa Rindu seminggu lebih awal untuk berlatih. Namun kerana tidak biasa, sebaik saja melangkah dalam studio, saya gugup.

“Bagaimanapun, berkat tunjuk ajar dari Edry selaku penerbit, akhirnya saya dapat juga melakukannya. Saya mengambil masa lima jam untuk merakamkan lagu itu,” katanya.

Selepas selesai merakamkan Bila Terasa Rindu, Dafi turut berpeluang mempelajari selok-belok bagaimana sesebuah lagu itu disunting.

“Bab suntingan dan proses rakaman ini sebenarnya saya paling suka kerana ia ada kaitan dengan bidang yang saya pelajari di kolej. Kini saya lebih memahami bidang yang saya pelajari,” katanya.

Pakej Web Jualan

Menyentuh mengenai kontraknya dengan KRU Music, jelas Dafi, ia hanya membabitkan tempoh setahun.

“Walaupun saya bernaung di bawah KRU Music dan pengurusan mereka tetapi saya masih lagi menjadi artis Maestro. Dalam hal ini, pihak KRU dan Maestro mempunyai perjanjian tersendiri.

“Bagaimanapun, perkara itu saya tidak boleh dedahkan kerana ia membabitkan pihak atasan kedua-dua belah pihak,” katanya.

Tentang Dafi; Dafi vs Aizat & Dafi, Adam - Sebumbung










No comments: