Qari, Qariah Malaysia Juara Tilawah

KUALA LUMPUR: Bacaan cemerlang Qari dan Qariah Malaysia membolehkan mereka muncul johan bagi kedua-dua kategori majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-49 yang melabuhkan tirai, malam tadi.

Abdul Aziz Mustakim yang berasal dari Johor dan Amnah Ayup dari Sarawak, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM13,887, sijil penyertaan dan piala pusingan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Abdul Aziz Mustakim dan Amnah Ayup bersama piala masing-masing selepas menjuarai Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-49 di Kuala Lumpur, malam tadi.
(Sumber Foto : Utusan Malaysia)



Ini kali pertama Abdul Aziz mewakili negara selepas enam kali menyertai pertandingan tilawah peringkat kebangsaan.



Beliau memulakan persediaan sejak tiga bulan lalu.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang dan menyempurnakan majlis penutup tilawah yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah.



Qari dan qariah Indonesia, masing-masing iaitu Darwin Hasibuan dan Hasbia Lambutolo menduduki tempat kedua.

Tempat ketiga bahagian qari dimenangi peserta Afrika Selatan, Harun Moos manakala bahagian qariah dimenangi peserta Thailand, Kanokwan Sukthawon @ Mashitah Ibrahim.

Seramai 67 peserta terdiri daripada 41 qari dan 26 qariah dari 44 negara mengambil bahagian pada tilawah bertemakan ‘Insan Cemerlang Ummah Terbilang’, yang berlangsung sejak Khamis lalu.








No comments: