Geng Bogel Pulau Pinang Perlu Serah Diri

GEORGE TOWN - Polis negeri ini mengenal pasti 7 daripada 15 individu yang terlibat mengadakan aktiviti riadah dan sukan secara berbogel di Pantai Teluk Kampi di Taman Negara Teluk Bahang dekat sini pada Mei lalu sebagai warga Malaysia.

 photo PestaBogelPulauPinang_zpsd2cec0c1.jpg

Baki 8 lagi dalam kumpulan tersebut membabitkan 4 warganegara Singapura, 2 rakyat Myanmar serta masing-masing seorang rakyat Filipina dan India. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan polis juga sudah mengenal pasti individu yang dipercayai menjadi penganjur kepada acara sukan tidak senonoh di pantai itu. 

 photo PestaBogelPulauPinang2_zps4527dd28.jpg

Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata, polis juga masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan kemungkinan terdapat kakitangan renjer Taman Negara Teluk Bahang yang bersubahat dalam sukan bogel tersebut. 

Semalam Kosmo! melaporkan Malaysia dikejutkan dengan penyebaran klip video memaparkan sekumpulan 18 lelaki dan wanita terlibat dalam pesta sukan bogel di Pantai Teluk Kampi di laman perkongsian video Vimeo dengan judul Malaysia Nude Sports Games 2014 yang berdurasi 5 minit 49 saat. Klip video itu turut dimuat naik ke laman sosial Facebook.

 photo PestaBogelPulauPinang3_zpsf46967d5.jpg

Aktiviti tidak bertamadun dalam keadaan bogel itu antaranya tarian Gangnam Style, mengecat tatu di badan, tarian kuda, berenang di atas badan rakan dan berjalan ketam. Ia berlangsung di tepi pantai dipercayai bermula dari waktu petang hingga pagi keesokan harinya. 

Klip video itu dikesan mula tersebar di internet sejak malam Isnin lalu tetapi pada pukul 2.30 petang kelmarin, klip video tersebut sudah disekat. 


Sumber : Kosmo! Edisi 07-08-2014 bersamaan 11 Syawal 1435H    



No comments: