Suami Bertuah Bakal Beristeri Empat

Alor Setar - "Alang-alang sudah tiga, lebi baik lengkapkan empat. Kebetulan dia juga bersetuju menjadi madu kami," kata Fakizah Kasa.

 photo suami-isteri4_zps79184e76.jpg

Wanita berusia 53 tahun itu mungkin satu dalam kalangan 1,000 wanita yang bukan saja tidak kisah hidup bermadu, malah bertanggungjawab meminang isteri  baru untuk suaminya.

Fakizah berkata dia dan suami Ibrahim Hamid, 57 yang mengusahakan sebuah restoran di Jalan Sultanah, di sini berkahwin lebih 30 tahun lalu dan kehidupan mereka bahagia dengan dikurniakan 10 orang anak.

"Bagaimanapun, saya terlalu sibuk berniaga sehingga tak sempat menjaga dan melayan suami sebagaimana sepatutnya. Jadi saya ambil langkah mencari seorang isteri lagi untuk dia," katanya.

Tidak cukup seorang madu, Fakizah dan madunya itu, Nazirah Abidin, 47, mencari dua lagi isteri baru untuk suami sehingga cukup kuota maksimum empat isteri untuk Ibrahim yang pastinya dianggap bertuah oleh lelaki lain.

Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Pak Brahim, bernikah dengan isteri ketiga, Nurul Mubaroqah Hayaudin yang baru beusia 19 tahun pada tahun lalu dan bakal berkahwin dengan isteri keempatnya selepas Aidiladha tahun ini.

 photo suami-bertuah-isteri-4_zps88354376.jpg

Kata Fakizah, dia meminang Nazirah untuk menjadi isteri kedua suami pada tahun 1997 sebelum mereka berdua sama-sama meminang Nurul Mubaroqah tahun lalu untuk menjadi madu mereka.

"Alhamdulillah kehidupan kami sekeluarga bahagia. Bersama saya, suami dikurniakan 10 anak manakala dengan Nazirah mendapat tiga anak dan Nurul pula sekarang hamil dua bulan," katanya yang ditemui di kediamannya di Kepala Batas, di sini.

Menurutnya, isteri keempat Pak Brahim seorang ibu tunggal dua anak, tetapi wanita berasal dari Johor itu belum bersedia mendedahkan identitinya selagi belum diijabkabulkan.

Nazirah pula berkata, dia terkejut ketika Fakizah memberitahu niat meminangnya sebagai madu. 

"Tetapi saya terima dengan  hati terbuka. Alhamdulillah hidup bermadu kami bahagia dan saling bantu-membantu tambahan pula kami semua tinggal serumah," katanya.

Sikap saling bertolak ansur menjadi antara resipi keharmonian rumah tangga mereka. 

"Memang tidak dapat dinafikan kadang-kadang wujud masalah, namun kalau ada sifat tolak ansur dan persefahaman, insya-Allah kita dapat mencari penyelesaian," katanya yang menjadi mak andam ketika perkahwinan ketiga Pak Brahim. 

Sementara itu Nurul Mubaroqah berkata, untuk membezakan panggilan bagi anak mereka, Fakizah dipanggil ibu, Nazirah dipanggil ummi manakala dia sendiri dipanggil ummu. 
"Alhamdulillah, walaupun usia saya lebih muda berbanding anak sulung suami dengan isteri pertama yang berumur 34 tahun, namun kehidupan kami sekeluarga bahagia," katanya. 


Sumber : Harian Metro Edisi 17-05-2014 bersamaan 17 Rejab 1435H

 

No comments: