Kemalangan Ngeri; Kepala Kekasih Tertinggal Di Lokasi Nahas

Kota Samarahan: Pasukan petugas Hospital Umum Sarawak (HUS) terkejut apabila mayat seorang wanita mangsa kemalangan dihantar ke situ tanpa kepala sebelum dimaklumkan ia tertinggal di lokasi kemalangan di Kampung Meranek, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa, Ninie Asmida Hasbi, 20, maut di tempat kejadian dengan kepalanya terputus dipercayai dilanggar sebuah motosikal dari arah bertentangan. 

Menurut sumber, mangsa membonceng motosikal ditunggang teman lelaki bersama seorang lagi rakan menaiki motosikal berasingan dipercayai dalam perjalanan ke Kampung Mang. 

Katanya, motosikal mangsa dipercayai dilanggar sebuah kereta menyebabkan kedua-duanya terjatuh dengan wanita terbabit tercampak ke laluan bertentangan.

Bagaimanapun, mangsa tidak bernasib baik apabila sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dari arah bertentangan merempuhnya.

"Motosikal terbabit dipercayai tergilis badan menyebabkan kepala wanita itu putus." 

Teman lelaki mangsa dilihat memeluk erat sebelum menutup kepala terputus dengan baju yang dipakainya. 


 photo kepala-putus_zpsbbac978f.png

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut. Bagaimanapun sebaik tiba di hospital pembantu perubatan memaklumkan mayat berkenaan tidak berkepala dan meminta polis pergi semula ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan. 

"Polis menemui kepala mangsa di lokasi kemalangan dan membawanya ke rumah mayat HUS untuk tindakan lanjut serta pengecaman keluarga," kata sumber itu lagi. 

Difahamkan berlaku sedikit kekecohan di lokasi kemalangan apabila teman lelaki mangsa berusia lingkungan 20-an memarahi polis merakam gambar sambil meminta supaya menghormati mayat teman wanitanya. 

Dalam kemalangan itu, teman lelaki mangsa hanya cedera ringan manakala penunggang motosikal yang terlanggar mangsa parah dan dirawat di HUS. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Lee Chong Chern ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. 

Katanya siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar kerana ketika ini keterangan diambil daripada mangsa mengelirukan. 





No comments: