Suunto T4 - Jam Untuk Gaya Hidup Aktif

KESIBUKAN dengan aktiviti harian di kalangan masyarakat hari ini terutama penduduk di bandar menjadi antara faktor utama isu berkaitan penjagaan kesihatan kini semakin diberi perhatian.

Antara pendekatan diambil dalam penjagaan kesihatan adalah dengan melaksanakan pelbagai aktiviti sukan dan riadah. Perkembangan menarik ini dapat dilihat apabila semakin ramai individu mendaftarkan diri sebagai ahli di pusat gimnasium yang banyak terdapat di kebanyakan bandar di negara ini.

Sejajar dengan itu, pelbagai kelengkapan pengawasan dan penjagaan diri diperkenalkan yang berperanan menjadi pembantu kepada pemiliknya ketika melakukan aktiviti sukan, program lasak dan senaman.

Terkini adalah produk jam tangan Suunto T4 yang diperkenalkan Suunto, syarikat yang berasal dari Finland menerusi penghasilan siri kelengkapan tambah nilai jam tangan yang mampu mengawasi kadar pergerakan jantung ketika bersenam atau bersukan.

Ia reka khusus bagi membantu pemiliknya mengawasi dan memahami kemampuan diri sendiri ketika melakukan aktiviti aktif.



Suunto, pereka dan pengeluar kelengkapan sukan jitu untuk aktiviti lasak seperti menyelam, pendakian bukit dengan berjalan dan menggunakan basikal, meluncur, pelayaran, latihan dan golf turut memperkenalkan pelbagai kelengkapan jam tangan lain yang menepati kehendak pengguna tertentu.

Suunto T4 antara model yang diketengahkan Suunto hasil gabungan teknologi canggih dilengkapi pelbagai fungsi utama dan ergonomik (faktor manusia).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Suunto T4


Keunikan yang diketengahkan menerusi jam tangan Suunto T4 itu adalah keupayaannya memberi panduan kepada pemilik yang sedang menjalani aktiviti bersenam atau bersukan, berperanan memastikan kadar pelaksanaan aktiviti lasak berada pada tahap yang dikehendaki.

Ini menjadikan penggunaannya lebih efektif khususnya untuk kegunaan pengguna yang sibuk dan sukar untuk mengikuti program yang diperkenalkan gimnasium.

Pemilik Suunto T4 hanya perlu memakai jam tangan itu dan memakai tali pinggan di bahagian dada bagi tujuan pembacaan kadar pergerakan jantung untuk setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Pakej Web Jualan

Kepada pengguna baru, penggunaan tali pinggang dada itu mungkin merimaskan, tetapi apabila sudah membiasakan diri menggunakannya, ia seperti tidak dirasai pemakainya.

Kaedah pengendaliannya pula adalah mudah dan hanya memerlukan pemiliknya untuk merujuk kepada buku panduan lengkap sekiranya hendak digunakan bagi tujuan penggunaan tertentu.

Sekiranya masih keliru, laman web www.Suunto.com juga boleh dijadikan panduan dalam memahami fungsi tertentu jam tangan Suunto T4 itu.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Lebih menarik apabila model itu turut dilengkapi fungsi ‘Jurulatih’ yang berperanan untuk mengawasi perkembangan aktiviti yang dijalankan disamping memberi cadangan untuk latihan pintar.

Cadangan yang diusulkan itu meliputi frekuensi, tempoh dan kedalaman pelaksanaan aktiviti latihan mengikut kemampuan pengguna.



Bagaimanapun, sekiranya tahap latihan yang dicadangkan itu mampu diteruskan, aplikasi jurulatih Suunto itu dapat menyesuaikan diri dan meneruskan rancangan terkini pelatih.

Rekaannya yang dihasilkan pada ketebalan 1.32 sentimeter itu adalah lebih nipis dan ringan, memudahkan dan menjamin keselesaan pemiliknya.

Pengukuhan penghasilan produk bertenaga itu dapat dilihat daripada fungsi kesan latihan yang memaparkan tempoh aerobik masa sebenar ketika bersenam pada skala satu hingga lima.

Malah, pada asas teknologi bertenaga itu, ia tidak menghalang Suunto melengkapkannya dengan fungsi paparan kadar jantung masa sebenar, pembakaran kalori masa sebenar, zon latihan dan kelajuan serta jaraknya menerusi penggunaan ‘Pod Suunto’ (yang ditawarkan secara pilihan).

Ciri tambahannya pula adalah jam randik, masa duaan, jam loceng, tarikh, buku log komprehensif dan teknologi ANT Suunto yang menampilkan transmisi bebas gangguan antara monitor kadar jantung, tali pinggang dan pod.



Secara keseluruhannya, Suunto T4 itu adalah jam tangan pengawasan kadar jantung yang dapat membantu meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat masa kini.

Ia ditampilkan paparan yang ringkas, pada asas rekaan yang nipis bagi menjamin keselesaan dan mudah untuk digunakan.







Spesifikasi


Masa : Jam pada format 12 dan 24 jam, jam berkalendar, jam loceng harian, masa duaan.

Kadar jantung : Kapasiti memori 15 log, kalori masa sebenar, kesan latihan, had HR, ANT (kadar jantung kod digital/ isyarat kelajuan) dan purata HR masa sebenar.

Kronograf : Memori pemisahan masa pada nombor maksimum sebanyak 50, jam randik, pencatat masa waktu selang, kiraan masa menurun dan persediaan senaman.

Kuasa : Amaran bateri lemah, bateri boleh ganti

Ciri lain : Paparan Dot-Matriks, antara muka pengguna berasaskan menu, kadar tentangan air 30 meter (100 kaki), metrik pilihan dan unit ‘Imperial’, sesuai digunakan dengan Pod dan jurulatih Suunto.



Spesifikasi Muka Jam Tangan Suunto T4

Kawasan paparan keseluruhan : 3.58 sentimeter

Diameter casing : 4.22 sentimeter

Harga : RM939










No comments: