Mat Sabu Kemalangan Kereta Di LPT

KUANTAN: Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu yang dipercayai sedang dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah di Balok di sini, cedera dalam kemalangan di KM 222.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Gambang di sini, hari ini.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian kira-kira 2 petang, kereta yang dinaiki Mohamad bersama tiga rakannya dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar penghadang jalan ketika hujan lebat.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Mohamad Sabu bersama 3 rakannya mengalami kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke Kuantan.



Beliau berkata kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Perdana itu sedang menghala ke Kuantan dari arah Kuala Lumpur.



Kesemua mangsa dilaporkan hanya cedera ringan dan kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Sementara itu, Pengarah HTAA, Dr Ardi Awang ketika dihubungi berkata Mohamad hanya cedera ringan serta calar di bahagian badan.

Beliau berkata Mohamad dilaporkan tidak sedarkan diri selepas kemalangan namun mula sedar sebaik tiba di hospital pada 2.50 petang. - BERNAMA

Terkini; Abang Mat Ceria, Berseloroh Di Wad & Mohamad Sabu Dibenarkan Keluar Hospital


Pakej Web Jualan






No comments: