Ina, Suhaimi Diijab Kabul

KOTA TINGGI: “Peminat kami dari hati, bukan daripada populariti. Jadi, rezeki Allah tetap ada, tak kira status bujang atau sudah berkahwin.” kata pasangan artis pengantin baru, Nor Diana Mohd Naim, 23, atau Ina Naim dan Mohd Suhaimi Saad, 27, yang selamat diijabkabulkan di Masjid Jamek Felcra Sungai Ara di sini, malam tadi.

Dengan sekali lafaz di depan Kadi Daerah Kota Tinggi, Al-Sheikh Taufik Datuk Kiyai kira-kira jam 9.30 malam, Suhaimi, bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, sah sebagai suami Ina.

Suhaimi berkata, kedudukan di bawah satu syarikat, iaitu Hijjaz Records Sdn Bhd akan memudahkan mereka mengatur perancangan dan melayari kehidupan alam rumah tangga.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kucupan pertama. Suhaimi dan Ina kini sah sebagai pasangan suami isteri.


“Kami masih ada kontrak dengan syarikat rakaman dan apabila tamat kontrak kelak, baru kami akan bincang mengenai masa depan. Ina boleh aktif dalam bidang nyanyian asalkan tak melanggar syariat.

“Saya akan memantau aktiviti Ina supaya tak melanggar langgar syariat, tapi jika apa yang dilakukannya selaras dengan kontrak, saya tak mampu berbuat apa-apa sehingga kontrak tamat.



“Kami ada perancangan untuk berduet tapi bergantung kepada keadaan dan buat masa ini, kami akan tinggal di Kuala Lumpur untuk memudahkan urusan kerja bersama,” katanya.

Mengenai majlis persandingan mereka, Suhaimi berkata, ia akan diadakan selepas Aidilfitri ini tetapi buat masa ini, tarikhnya belum ditetapkan dan pasangan itu akan berbulan madu di destinasi pelancongan menarik dalam negara tidak lama lagi.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pasangan pengantin Mohd. Suhaimi Saad dan Nordiana Md. Naim selamat diijab kabul di Masjid Jamek Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, semalam. (Sumber Foto : utusan online)




Suhaimi yang berasal dari Felda Tementi, Triang, Pahang, enggan mengulas lanjut mengenai cincin batal air sembahyang dihadiahkannya, sebaliknya menyatakan dia sendiri membeli cincin itu berasaskan kepada kemampuan dan rasa ikhlas serta cintanya terhadap Ina.

Sementara itu, Ina yang kelihatan ceria sepanjang majlis itu mengakui keutamaannya kini kepada keluarga dan semua aktivitinya akan dipantau Suhaimi.

“Kalau suami larang, saya akan patuh kerana tumpuan dan keutamaan saya kini adalah kepada keluarga. Dalam soal rezeki, saya percaya peminat saya ikhlas dari hati, bukan kerana populariti,” katanya.



Majlis pernikahan bermula kira-kira jam 7.30 malam itu dihadiri lebih 50 jemputan termasuk keluarga kedua-dua pengantin yang hadir memakai pakaian serba putih.

Suhaimi menghadiahkan tiga dulang hantaran dan wang hantaran RM10,000, cincin batal air sembahyang dan senaskhah al-Quran manakala Ina membalas dengan lima dulang, antaranya buah, kek dan kuih.

Bapa Suhaimi, Saad Jamaluddin, 61, mengakui Ina seorang yang baik dan berharap anak kelima daripada enam beradik itu kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Selepas berkenalan empat bulan, Ina dan Suhaimi mengikat tali pertunangan di rumah keluarga Ina di Felcra itu pada 6 Jun lalu selepas keluarga Suhaimi yang datang untuk berkenalan dan merisik, bagaimanapun bertukar menjadi majlis pertunangan dengan tempoh kurang setahun.

Ina sebelum ini pernah bertunang dengan Asmawi Ani atau Mawi, tetapi ikatan pertunangan mereka terputus secara rasmi mengikut adat di rumah keluarga Ina pada 10 Julai tahun lalu.

Lagi kisah Ina, Suhaimi; Ina Naim Sudah Ada Pengganti Mawi, Suhaimi Lelaki Idaman Ina & Ina, Suhaimi - Tak Naik Pelamin?










No comments: