Ezlynn Kena 'Tangkap Basah' Dalam Bang Bang Boom

Satu lagi program baru dari TV3 yang cuba menepati citarasa penonton yang sentiasa inginkan pembaharuan.

Program dari Pengurusan Jenama TV3 dan Jabatan Hiburan, Sukan & Rekreasi TV3 bertajuk Bang Bang Boom akan mula di tayangkan Ahad, 5 Ogos 2007 ini pada jam 11.00 malam.

Ianya bakal menjadi tumpuan kerana konsepnya yang berbeza iaitu satu pendekatan menggunakan ‘treatment’ santai dan lawak jenaka.

Unsur lawak jenaka ini akan memperlihatkan secara kandid bagaimana seseorang menghadapi situasi yang mencabar minda, fizikal dan emosi dipenuhi dengan perangkap dan gelak ketawa.

Pengurus Besar, Pengurusan Jenama TV3, Farisha Pawanteh berkata, “Bang Bang Boom ini adalah satu program santai mensasarkan penonton umum. Kami merasakan program lawak jenaka ini semakin berkurangan seterusnya mendorong kami menerbitkan program seumpama ini.



"Program santai ini bakal menghibur para penonton yang setelah penat bekerja di siang hari, mahukan sesuatu program yang membolehkan mereka turut bergelak ketawa sambil berehat bersama keluarga.

“Komedi adalah didikan kepada masyarakat. Ia boleh disampaikan dalam apa saja bentuk seperti ejekan, perumpamaan dan sebagainya. Komedi di mana-mana negara pun sama saja, cuma cara penyampaian berbeza,” kata Farisha.

Antara segmen-segmen yang terdapat dalam program 30 minit ini ialah Spontan, Bang dan Mwahaha.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Amat dan Azahari pengacara Bang Bang Boom.



Dengan menampilkan pasangan pengacara baru yang spontan, Amat dan Azahari, turut akan membuatkan penonton tidak kering gusi. Pasangan ini adalah juara program realiti Explorace musim 3 yang lalu.

Segmen Spontan adalah segmen dimana pasukan produksi akan bertemu dengan orang ramai dan menyuruh mereka melakukan sesuatu yang diluar jangkaan.



Segmen Bang pula adalah ketika orang ramai disuruh melihat satu lawak yang disajikan. Manakala segmen Mwahaha pula adalah segmen ‘kenakan dia’ seperti seorang rakan yang ingin melihat rakannya ‘terkena’.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Adegan ketika Ezlynn 'ditangkap basah'.



Episod pertama minggu ini akan turut menampilkan penyanyi terkenal Ezlynn sebagai umpan. Episod pertama ini bermula dengan seorang lelaki yang diperangkap oleh rakan-rakannya untuk bertemu dengan kliennya iaitu Ezlynn.

Tidak lama selepas itu mereka berdua menaiki kereta lalu di tangkap basah kerana duduk berbincang di kawasan yang gelap. Dengan keadaan bercampur panik dan terkejut, tiba-tiba pasukan Melodi dan Abang Nas Ahmad juga turut menerjah Ezlynn.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ezlynn panik ketika diterjah oleh Abang Nas.



Apakah reaksi seterusnya?

Saksikan BANG BANG BOOM, Ahad 5 Ogos 2007 jam 11.00malam.










No comments: