Siti Akhirnya Berlakon

KALAU sebelum ini penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hanya berdiam diri tatkala ditanya mengenai lamaran Enfiniti Productions Sdn Bhd (EPSB) untuk watak Saloma dalam teater muzikal Remy...Kisah P Ramlee, desas-desus itu terjawab Rabu lalu.

Memang benar dia bukan diberi watak Saloma tetapi muncul sebagai penampilan istimewa dengan watak Azizah. Malah Penerbit Eksekutif EPSB, Datin Seri Tiara Jacquelina ketika ditanya mengenai lamarannya kepada Siti untuk menjayakan pementasan terbarunya itu, turut menafikan berita yang dilaporkan Harian Metro pada 27 Julai lalu.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Datuk Siti Nurhaliza muncul sebagai penampilan istimewa dengan watak Azizah dalam teater muzikal Remy...Kisah P Ramlee.


Tiara juga menafikan Siti datang untuk uji bakat sebaliknya mengatakan Siti hanya singgah bertemu dengannya sebagaimana dilaporkan Harian Metro, Selasa lalu. Ternyata pengumuman nama Siti dalam barisan pelakon teater itu mengejutkan.

Dalam sidang media mengumumkan barisan pelakon Remy...Kisah P Ramlee, Tiara berkata, Siti hanya mengesahkan pembabitannya dalam teater itu beberapa jam sebelum senarai pelakon diumumkan.

Katanya, Siti tidak dapat menghadiri sidang media memperkenalkan artis yang terbabit dengan pementasan itu kerana mempunyai persembahan makan malam di sebuah hotel di ibu kota tetapi EPSB sempat merakam kenyataan Siti untuk disiarkan kepada media.



“Kejayaan PGLTM mengundang 58,000 penonton daripada 46 persembahan di Malaysia dan Singapura menjadi pembakar semangat buat kami menghasilkan yang terbaik.

“Teater ini didedikasikan khusus buat seniman agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee sebagai ikon negara dan penghibur serba boleh. Ia akan dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 19 Oktober hingga 3 November ini dengan 17 persembahan,” katanya ketika ditemui di restorannya, Borneo Rainforest Cafe di Bandar Sunway.

Teater ini dibarisi Sean Ghazi dan Liza Hanim sebagai pelakon utama untuk watak P Ramlee dan Saloma manakala Melissa Saila (Junaidah, isteri pertama P Ramlee), Chedd Yusuf (Sukardi, kawan baik P Ramlee) serta Andy, Alvin dan Rafik dari kumpulan Infinatez sebagai paparazzi.

Turut berlakon, juara So You Think You Can Dance?, Alam atau nama sebenarnya, Muhamad Haslam Abdul Rahman. Namun wataknya belum ditentukan manakala watak Noorizan masih juga belum diputuskan lagi dan bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Barisan belakang tabir pula diketuai Tiara sebagai Penerbit Eksekutif, Boudeng Edruce (Penerbit), Zahim Albakri (Pengarah Bersama), Adlin Aman Ramlie (Pengarah, Penulis Lirik dan Penulis Buku), Dick Lee (Pencipta Lagu), Pat Ibrahim (Koreografer) dan Raja Malek (Pereka Produksi).



Sementara itu Sean Ghazi yang mempunyai pengalaman berlakon teater dengan produksi terkenal West End berkata, dia sedar cabaran besar yang perlu dipikulnya dan mengakui tiada seorang pun yang dapat menjadi seperti P Ramlee.

Katanya, ia bukan halangan untuknya memberikan komitmen terbaik untuk pementasan ini dan sudah bersedia menyahut cabaran itu.

Liza Hanim pula menyifatkan, dia teruja kerana diberi peluang membintangi Remy...Kisah P Ramlee sebagai teraju utama memegang watak Saloma.

Katanya, dia memang berharap memegang watak utama sewaktu menghadiri uji bakat dan bersyukur impiannya menjadi realiti.

Bagi Chedd Yusof, dia kini banyak membuat penyelidikan mengenai P Ramlee dengan membaca buku berkaitan seniman agung itu dan berjumpa orang lama seperti Datuk Aziz Sattar yang ada pengalaman dengannya.

Melissa Saila pula berkata, dia berasa bertuah kerana diberi peluang menjayakan pementasan ini dan akan memberikan yang terbaik.








No comments: