Nafi Jemaah Tauhid (JT) Ajaran Sesat

KUALA LUMPUR: Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dicabar mengemukakan bukti kukuh mengenai dakwaan bahawa Jemaah Tauhid (JT) dari India menghina Nabi Muhammad SAW dan membenarkan pengikutnya menjamah tulang babi yang dianggap suci.

Persatuan Al Nida Islam Malaysia berkata, kebanyakan masyarakat India Muslim di negara ini sudah lama mengetahui dan mengikuti JT yang tidak pernah cuba memesongkan umat Islam, selain tetap berpegang tegung kepada ajaran al-Quran dan hadis.

Jawatankuasa Al Nida Islam Malaysia (Al Nida), Saleem Husin, berkata beliau sudah 15 tahun mendengar ceramah ulama JT yang tidak pernah menghalalkan apa yang diharamkan Allah SWT.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Katanya, mereka yang mengikuti ceramah JT mungkin tahu apa sebenarnya berlaku sehingga menyebabkan segelintir kaum India Muslim mengeluarkan kenyataan JT menghina Nabi Muhammad SAW dan membenarkan pengikutnya menjamah tulang babi yang dianggap suci.

Dia mendakwa, masyarakat India Muslim di negara ini tidak berpuas hati dengan JT berikutan pengasasnya sentiasa menekankan supaya orang Islam, terutama masyarakat India Muslim, tidak memohon doa di makam seperti diamalkan sebelum ini.



“Kebanyakan masyarakat India Muslim suka mengunjungi makam dan menjalankan pelbagai upacara yang bertentangan dengan Islam.

“Mereka berdoa di makam memohon supaya hajat dimakbulkan, perbuatan itu dihalang oleh JT kerana hanya kepada Allah SWT umat Islam perlu memohon doa.

“Ini menyebabkan beberapa masyarakat India Muslim tidak berpuas hati lalu menabur fitnah mengatakan JT menghina Nabi Muhammad SAW dan membenarkan pengikutnya menjamah tulang babi yang dianggap suci,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya sedia berjumpa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) bagi menerangkan kekeliruan dan fitnah yang timbul daripada dakwaan itu.

“Ini fitnah dan ada pihak cuba mengelirukan orang ramai, kalau betul, mereka perlu kemuka bukti bagi menyokong dakwaan itu,” katanya.

Pakej Web Jualan

Semalam, Harian Metro melaporkan, Pengetua Pusat Pendidikan Agama Manbaoul Hasanath yang juga Ketua Biro Agama Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Mohamed Kabeer O A Rajak, 45, berkata ajaran sesat dikenali dengan singkatan JT itu mula bertapak di India sejak 20 tahun lalu dan mendapat tentangan ramai umat Islam di sana.

Katanya, selain menghina Nabi Muhammad SAW dan menjamah tulang babi, pengasas ajaran terbabit memperkenalkan beberapa ajaran pelik, termasuk melarang umatnya membayar zakat setiap tahun.

“Pengikut juga dibenar memegang al-Quran tanpa perlu mengambil wuduk serta dalam keadaan hadas besar atau datang haid,” katanya.

Kabeer berkata, tambah menyesatkan apabila ajaran JT mendakwa umat Islam hanya perlu tunduk dan menyanjungi Allah SWT, manakala Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya tidak perlu dihormati seperti dilakukan ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sepupu sepapat; Babi Halal!









No comments: