M Rajoli Dipukau

SEREMBAN: Seorang pelakon veteran yang sering membawa watak warak dalam drama atau filem, M Rajoli Mohamed Zin, 62, ditemui dalam keadaan kebingungan di sebuah hotel di bandar ini selepas dipercayai dipukau seorang lelaki yang kononnya menawarkan gelaran ‘Datuk’ dari sebuah istana di utara Semenanjung, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, wang tunai, telefon bimbit baru dibeli dan kad kredit milik pelakon veteran itu dilarikan lelaki terbabit yang dipercayai dikenali pelakon berkenaan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Berikutan kejadian itu, M Rajoli terpaksa menghubungi isterinya, Wan Chik Othman, 62, bagi menjelaskan semua bayaran bil hotelnya.

Wan Chik berkata, dia dihubungi Rajoli kira-kira jam 10 malam.

Ketika itu, katanya, suara suaminya kedengaran terlalu lemah.



Rajoli juga memberitahu Wan Chik dia tidak dapat membayar bil penginapan hotel kerana kad kreditnya dicuri seseorang.

“Saya percaya kejadian itu ada kaitan dengan seorang lelaki yang sering menghubungi suami saya sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ketika kejadian, kata Wan Chik, suaminya sedang mengikuti penggambaran sebuah drama di Bahau, dekat sini.

Lelaki itu sering menghubungi Rajoli memaklumkan pelakon itu terpilih menerima gelaran Datuk dari sebuah istana di utara Semenanjung.

“Pengurniaan gelaran Datuk itu didakwa akan diadakan dalam satu majlis meriah dan beberapa orang kenamaan akan turut dijemput pada 15 Julai ini,” katanya.



Menurutnya, pagi kelmarin, suaminya bersetuju berjumpa lelaki itu di satu tempat di bandar ini.

“Suami saya menyatakan dia tidak ingat apa-apa selepas lelaki itu memberinya tiga biji pil untuk ditelan. Selepas itu, suami saya kata dia hanya mengikut kata lelaki terbabit, “ katanya.

Wan Chik berkata, lelaki itu mengarahkan Rajoli membeli sebuah telefon bimbit baru bernilai kira-kira RM3,000, mengeluarkan semua wang dalam satu akaun simpanan kira-kira RM4,000 dan membeli barang kemas bernilai kira-kira RM7,000 menggunakan kad kredit miliknya.

“Lelaki itu juga melarang suami memberitahu sesiapa mengenai perkara itu kecuali saya,” katanya.

Beliau berkata, mereka kemudian pulang ke hotel sebelum lelaki itu menghilangkan diri.



“Suami saya tertidur dan tersedar semula kira-kira jam 10 malam. Apabila tersedar suami saya dalam keadaan kebingungan dan mendapati kad kredit, dua telefon bimbit, termasuk yang baru dibeli sudah hilang,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Rajoli membuat laporan polis pada malam sama sebelum ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJS) untuk rawatan.

Difahamkan, pelakon itu semakin pulih dan dibenarkan keluar dari HTJS pagi semalam.

Sepupu, sepapat, sepusing; Linda Rafar Mangsa Pukau









No comments: