Faizal Gagal

KUALA BERANG: Dengan disaksikan lebih 300 peminatnya, Juara Akademi Fantasia 4 (AF4), Faizal atau Mohd Faizal Ramli, 23, gagal dalam ujian memandu yang diambilnya di Sekolah Memandu PSM Academy cawangan Ajil di sini, semalam.

Bagaimanapun, dalam ujian fasa kedua iaitu memandu di jalan raya, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Lihatlah’ itu, terkandas.

Anak kelahiran Marang itu dimaklumkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dia banyak melakukan kesalahan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Berikutan itu, Faizal terpaksa menduduki ujian memandu sekali lagi, Isnin depan.

Ada peminat Faizal kecewa apabila mengetahui penyanyi kesayangan mereka itu gagal memperoleh lesen memandu.



Ketika ditemui selepas itu, Faizal berkata dia akan terus berusaha untuk lulus dalam ujian memandu akan datang.

“Saya sedikitpun tidak kecewa dengan kegagalan ini,” katanya yang mendapat lesen belajar memandu (L) pada 29 April lalu selepas menjalani latihan memandu selama 16 jam pada 22 April.

Dia mengucapkan terima kasih kepada sekolah memandu berkenaan yang tidak mengenakan sebarang bayaran untuknya belajar memandu.

“Saya menduduki ujian memandu seperti orang lain kerana tak mahu mendapat lesen terbang yang tidak sah,” katanya.

Faizal mengambil ujian memandu bagi membolehkannya memandu kereta Toyota Vios, satu daripada hadiah yang diperolehnya ketika menjuarai AF4.



Sementara itu, pengurusan sekolah memandu itu memasang kain rentang untuk memaklumkan penyanyi muda itu akan mengambil ujian memandu, semalam.

Ini membuatkan perkarangan sekolah memandu itu didatangi lebih 300 peminat Faizal, termasuk calon yang menunggu untuk menduduki ujian memandu.

Mereka turut tidak melepaskan peluang bergambar dengan penyanyi yang terkenal dengan slogan `Senyum Sokmo’ itu.










No comments: