Kerja Di Karaoke Ada Slip Gaji

KUALA LUMPUR: Ramai gadis termasuk yang berpendidikan tinggi sanggup bekerja sebagai GRO karaoke mewah di ibu kota berikutan majikannya menyediakan slip gaji sebagai kemudahan kepada golongan itu untuk membuat pinjaman bank dan membeli kereta.

Karaoke mewah terbabit dikatakan menyediakan slip gaji kepada pekerjanya sebagai kemudahan ketika berurusan dengan pihak yang memerlukan untuk memberi pinjaman atau membeli barangan rumah.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Kaedah menyediakan slip gaji kepada GRO juga adalah senjata utama pengusahanya untuk menarik gadis lain bekerja di situ, selain sebagai strategi menghadapi saingan pusat karaoke lain.

Gadis berusia 18 hingga 28 tahun yang bekerja di pusat karaoke mewah berkenaan dikatakan perlu memenuhi segala permintaan pelanggannya ketika mereka berhibur berikutan caj ‘booking girl’ akan dimasukkan sekali dalam resit minuman.

Difahamkan, seorang gadis yang berkhidmat sebagai GRO di premis itu pernah mencipta rekod apabila memperoleh RM25,000 sebulan kerana kepandaiannya melayan pelanggan sehingga setiap kali berkunjung ke karaoke itu, pelanggan akan cuba mendapatkan khidmatnya.

Gadis yang bekerja di pusat karaoke itu dikatakan bekerja hanya beberapa bulan, sebelum berhijrah ke tempat lain dan ada antara mereka menjadi perempuan simpanan golongan VIP dan ahli perniagaan.

Seorang bekas GRO dikenali sebagai Rinie berusia 20-an ketika mendedahkan perkara itu kepada Harian Metro berkata, selain slip gaji, GRO terbabit turut mempunyai kad perakam waktu ketika mula bertugas dan gaji mereka akan dipotong RM10 bagi setiap minit jika lewat.

Menurutnya, sepanjang berkhidmat di premis terbabit kehidupannya mewah berikutan setiap malam menemani VIP serta golongan atasan yang turut memberi ‘tip’ (duit poket).

“Sepanjang berkhidmat di karaoke mewah itu, saya pernah meraih pendapatan hampir RM10,000 setiap bulan dengan hanya menemani VIP dan golongan atasan bernyanyi sambil berhibur.



“Premis ini caranya memang berlainan kerana pekerja yang ingin berkhidmat perlu berjumpa ‘mami’ dan diarahkan memenuhi segala permintaan pelanggan jika ingin bekerja dengan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.


Beliau berkata, setiap kali pelanggan mengajak menemani mereka minum dan bersembang sambil berhibur, premis terbabit akan mengenakan caj RM300 dan semuanya akan dimasukkan dalam bil minuman.

Menurutnya, setiap kali menemani pelanggan berhibur pelbagai ragam terpaksa ditempuhi sehingga sesekali melakukan perkara yang tidak senonoh di dalam bilik karaoke itu, termasuk dalam bilik air.

“Kami hanya bekerja selama enam jam bermula jam 9 malam hingga 3 pagi dan setiap malam premis terbabit dipenuhi pelanggan tetapi semua golongan atasan termasuk pelancong asing seperti dari Jepun dan Eropah.

“Pelanggan yang memasuki karaoke itu perlu mempunyai wang lebih RM10,000 kerana caj bilik untuk berkaraoke saja bernilai lebih RM3,000 manakala minuman mengikut jenis dan semuanya boleh dikatakan mahal,” katanya.

Rinie berkata, sepanjang berkhidmat sebagai GRO dia pernah melihat slip gaji rakannya mencecah RM25,000 sebulan.

Apabila ditanya sama ada selesa bekerja di karaoke itu kerana menyediakan slip gaji, Rinie berkata dia memang selesa bekerja di karaoke itu berikutan pelbagai kemudahan disediakan berbanding premis lain.





No comments: