Samsung X830

ALAT bersaiz kecil yang dilengkapi dengan ciri kemudahan multimedia ringkas sering dikaitkan dengan peralatan hiburan seperti pemain mp3, ipod dan pemain disk mini.

Bagaimanapun, kemajuan dalam teknologi telah melahirkan pelbagai inovasi alat kecil bersepadu yang mampu meningkatkan mutu kehidupan seharian kita.

Persaingan paling pesat kini adalah di kalangan pengeluar telefon mudah alih.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Samsung menerusi segmen telefon mudah alihnya kini mengetengahkan alat telekomunikasi bersaiz kecil, dikenali sebagai X830.

Walaupun kecil, ia dilengkapi pelbagai ciri teknologi semasa seperti untuk membuat panggilan telefon, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), muzik, klip video ringkas dan kamera.



X830 yang akan mudah dikenali sebagai telefon muzik mini turut mempunyai reka bentuk serta warna yang bergaya bagi menepati gaya hidup moden dan ringkas masa kini.

Berukuran 84 x 30 x 19.9 milimeter (mm) dan seberat 75 gram, telefon mudah alih ini akan tenggelam dalam genggaman dan boleh diletakkan di dalam poket tanpa merimaskan.

Ciri pengendaliannya juga adalah mudah kerana pemiliknya hanya perlu memusingkan permukaan atas telefon itu bagi membuat panggilan, penghantaran SMS dan penggunaan aplikasi lain.

Antara ciri unik pada telefon mudah alih itu adalah aspek paparan nombor dail skrin yang berwarna-warni dilengkapi aspek pengendalian butang yang selesa dan ringkas.

Walaupun bersaiz kecil, X830 tidak mengecewakan dari segi paparan skrinnya kerana ia ditampilkan dengan skrin berwarna 128 x 220 piksel sebesar 1.46 inci.



Bagi peminat muzik, telefon mudah alih terkini Samsung itu mampu menepati kehendak mereka kerana fail lagu yang disimpan di dalam sistem storannya boleh digunakan sebagai nada deringan sama ada menerusi bunyi polifonik atau format mp3.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Walaupun direka bentuk dengan saiz begitu kecil, namun ia tidak penghalang Samsung untuk melengkapkan alat komunikasi ini dengan pelbagai aplikasi menarik seperti kamera, mendapatkan akses internet dan permainan elektronik.

Ia dilengkapi dengan kamera binaan dalaman 1.3 megapiksel dengan lensanya ditempatkan di bahagian belakang.

Malah sistem kamera yang dilengkapi dengan fungsi butang rakaman serta zoom itu boleh digunakan bagi tujuan merakam dan memainkan video.

Sistem storan bagi X830 ini ditawarkan dengan memori binaan dalaman `Nand Flash' 1 Gigabait (Gb) yang mampu menyimpan sehingga 250 lagu.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Spesifikasi Samsung X830:


Imejan: Zoom digital, kesan foto, penetapan foto, rakaman video (mpeg4 dan H263), pemain video, `wallpaper' dan `screensavers'.

Pesanan: sms, ems, mms, T9

Sistem bunyi: Pemain muzik (mp3, AAC, AAC+, AAC+e dan wma), nada deringan polifonik (64 suara), bunyi tiga D (3D) dan speaker bebas tangan.

Sambungan: Bluetooth, EDGE, USB dan GPRS

Rangkaian: Tiga jalur; GSM 850, GSM 900 dan GSM 1800

Internet: WAP 2.0, XHTML

Warna: Hitam, putih, hijau, jingga, biru dan merah jambu.

Tempoh bercakap: Tiga jam masa bercakap dan 120 jam tempoh tambahan

Ciri lain: Permainan Java, permainan elektronik muat turun, mod pesawat.






No comments: