Juzt-Reboot

ANDA mungkin berdepan dengan situasi sukar seperti kehilangan data penting dalam pemacu cakera keras kerana serangan virus atau secara tidak sengaja terpadam data berkenaan.

Pengalaman seperti itu sudah pasti menjadi mimpi ngeri sekiranya fail atau data berkenaan adalah penting, khususnya jika ia membabitkan urusan kerja seharian.

Pada masa sama, pengguna komputer sering berdepan dengan masalah (Complementary Metal Oxide Semiconductor (CMOS) yang digunakan untuk menyimpan data khusus seperti tarikh, masa dan pelarasan untuk komputer.

Menyedari situasi itu, Juzt-Reboot (Malaysia) Sdn Bhd, memperkenalkan edisi terbaru sistem baik pulih segera Juzt Reboot Vista bagi mengambil alih peranan produk Juzt Reboot JR-PCI-NT yang sedia ada.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
JUZT-Reboot Vista mampu mengembalikan data yang hilang daripada sistem cakera keras komputer.



Produk terbaru ini direka dengan menggunakan saiz 2 Gigabyte ‘buffer’ untuk memberi ruang lebih besar kepada pengguna.



Ini bermakna pengguna komputer tidak perlu lagi ragu jika ada sebarang perubahan pada penetapan atau sistem operasi komputer ketika melayari Internet, menguji perisian, memindah turun fail, membuat perubahan pada konfigurasi komputer atau mengatasi jangkitan virus kerana penetapan asal boleh dikembalikan dengan mudah.

Edisi terbaru ini menyokong hampir semua sistem operasi termasuk DOS, Windows 3.x, Windows 95/98/ME,Windows NT/2000/XP/2003, Unix, Xenix, FreeBSD dan yang terbaru, ia mampu menyokong Linux.

Juzt Reboot Vista tidak memerlukan spesifikasi komputer yang tinggi. Ia boleh dipasang ke dalam sebarang jenis komputer termasuk, cip yang masih memmanfaatkan cip pemprosesan Pentium dengan syarat terdapat ruang slot PCI di dalam komputer anda.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
KAD 'Juzt Reboot Vista' dimuatkan ke dalam slot PCI komputer.



Perisian ini didatangkan dengan Kad Pemulihan Data/Sistem Juzt Reboot untuk dimuatkan ke dalam slot PCI di dalam komputer, dan pemasangannya adalah mudah.

Ketika pemasangan kali pertama, Juzt-Reboot Vista akan memaparkan menu mudah operasi kawalan aplikasi dan membuat rakaman maklumat penting berkaitan CMOS, sistem operasi serta kandungan cakera keras yang akan digunakan untuk memulihkan sistem komputer jika diperlukan.



Selepas dipasang, Juzt-Reboot Vista akan memeriksa semua pelarasan penting setiap kali komputer dibut dan memulihkannya kepada pelarasan asal secara automatik jika ada sebarang perubahan.

Bagaimanapun salinan asal maklumat perlu diperbaharui menggunakan menu kawalannya setiap kali ada perubahan seperti pemasangan perisian baru atau perubahan penetapan.

Teknologi Sokongan Pintar Juzt-Reboot Vista berperanan untuk merekodkan sebarang perubahan yang dilakukan terhadap cakera keras, sekali gus hanya memerlukan ruang cakera keras yang kecil untuk beroperasi.

Terdapat banyak pelarasan dalam Juzt-Reboot Vista dan penggunaannya bergantung kepada keperluan pengguna. Terdapat dua jenis pelarasan yang biasa digunakan iaitu pengembalian automatik dan manual.

Bagi pelarasan pengembalian automatik, setiap kali komputer dibut, sistem akan dikembalikan kepada pelarasan dan kandungan asalnya. Bagaimanapun, pengguna perlu mengalihkan data yang sering diubah seperti e-mel Outlook Express, My Documents, Favourites dan sebagainya ke sekatan cakera lain.



Memandangkan sistem ini adalah produk perkakasan, ciri keselamatan bagi sistem ini dibangunkan dalam produk itu sendiri, termasuk perlindungan bagi kata laluan penyelia.

Juzt-Reboot Vista melindungi sistem atau data cakera keras daripada sebarang kerosakan dan pengubahsuaian ke atas konfigurasi perisian pengguna komputer sama ada disengajakan atau tidak.

Terdapat ciri menarik dalam edisi terbaru ini iaitu ‘Net-Clone’ yang dapat menyalin parameter Juzt-Reboot dan bahagian cakera keras kepada komputer lain melalui sistem rangkaian kawasan tempatan (LAN).

Kaedah Mod Terbuka Penetapan boleh mengembalikan kad Juzt-Reboot secara automatik kepada mod penetapan asal selepas waktu yang ditetapkan tamat dan berguna kepada organisasi agar dapat mengemaskini pangkalan data, perisian secara automatik dan mengemas kini sistem antivirus.





Info


Ruang Penggunaan Minimum:
Teknologi Sokongan Pintar Juzt-Reboot tidak akan menjejaskan kestabilan dan prestasi sistem operasi komputer.

Perlindungan Kata Laluan:
Ciri keselamatan berkuasa tinggi bagi menghalang penggunaan sistem komputer anda tanpa kebenaran.

Sokongan Sistem Operasi Pelbagai:
Menyokong pelbagai sistem operasi komputer.

Pemulihan Segera:
Membaik pulih sebarang jenis kerosakan sistem atau data, sistem komputer anda akan kembali dipulihkan dengan pantas tanpa perlu menggunakan operasi pemulihan data tambahan.

Menyokong Ruang Cakera Keras Tanpa Had:
Ciri yang berguna sekiranya anda mahu menaik taraf sistem komputer anda.



Pemulihan Automatik CMOS:
Sebarang perubahan dilakukan tanpa kebenaran ke atas CMOS, Kad Pemulihan Data/Sistem Juzt Reboot akan memberitahu dan mengusahakan proses pemulihan yang perlu

Mengembalikan Jadual:
Kad Pemulihan Data/Sistem Juzt Reboot membolehkan anda memprogramkan jadual pengembalian sendiri



No comments: