Dikurung Bapak Ayam!

KUALA LUMPUR: Akibat teruja dengan ajakan rakan sekolej untuk melihat ‘ayam’ di sekitar lorong belakang Jalan Petaling di sini, seorang remaja dikurung tiga ‘bapa ayam’ selama lebih dua jam dalam sebuah rumah pelacuran bersama 10 pelacur.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rusli, 18, mendakwa terperangkap dalam rumah pelacuran itu selepas bapa ayam mendapat maklumat kehadiran polis di kawasan itu.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Katanya, pengalaman mendebarkan dikurung bersama pelacur itu amat menakutkan kerana dia turut diugut bapa ayam supaya bekerjasama dan tidak membuat bising jika tidak mahu diberkas polis.

Menurutnya, 10 minit sebelum kejadian, dia dan dua rakannya berjalan menuju lorong belakang berhampiran Jalan Petaling yang menyediakan perkhidmatan seks semurah RM20 untuk satu sesi.

“Saya berjalan kaki dari pusat penjaja Jalan Petaling ke lorong terbabit yang ketika itu dipenuhi lelaki warga asing dipercayai bertujuan mendapatkan khidmat seks.



“Pada mulanya saya masuk ke sebuah rumah pelacuran melalui pintu belakang sebelum melihat deretan pelacur berusia separuh abad yang menawarkan seks pada harga hanya RM20,” katanya.

Menurutnya, dia bagaimanapun segera keluar dari rumah pelacuran itu kerana ‘geli’ berikutan usia kebanyakan pelacur di situ hampir sebaya ibunya.

“Saya kemudian memasuki sebuah lagi rumah pelacuran bersebelahannya sebelum melihat deretan pelacur duduk di hadapan pintu bilik kecil untuk melayan ‘tetamu’.

“Selepas keluar masuk hampir enam pintu rumah pelacuran, saya ke sebuah lagi rumah ‘ayam’ di hujung lorong berhampiran Pasar Karat,” katanya.

Menurutnya, sebaik menaiki tingkat dua rumah kedai terbabit, dia mendapati lebih 10 gadis muda seawal usia 20 tahun menawarkan khidmat seks pada harga RM30.



“Ketika saya asyik melihat pelacur genit terbabit, tiba-tiba pintu masuk rumah pelacuran itu yang diperbuat dari besi ditutup.

“Saya cuba berlari keluar, namun dihalang seorang bapa ayam dengan alasan anggota polis berada di luar rumah pelacuran itu,” katanya.

Menurutnya, empat lagi lelaki yang juga pelanggan rumah pelacuran itu turut terperangkap dalam premis yang hanya boleh dimasuki melalui laluan pintu belakang itu.

“Keadaan ketika itu amat azab sekali berikutan rumah pelacuran itu tidak dilengkapi penghawa dingin menyebabkan suhunya naik mendadak sebaik pintu ditutup.

“Saya yang bermandi peluh merayu dibenarkan keluar, namun seorang daripada bapa ayam berkenaan naik angin sambil mengugut memukul jika saya membuat bising,” katanya.



Menurutnya, dia dan 10 pelacur dipercayai warga asing itu terpaksa duduk membatukan diri dalam bilik suram yang dipasang lampu merah.

“Pada masa sama, bapa ayam terbabit dilihat menghubungi rakannya di luar dipercayai untuk mengetahui pergerakan polis. Seorang lagi bapa ayam tanpa segan silu bergurau senda sambil berpelukan dengan seorang pelacur di atas katil tanpa mempedulikan orang lain.

“Saya tambah kecut perut apabila seorang pelanggan menyatakan dia takut jika polis dapat memecah masuk rumah pelacuran itu lalu menangkapnya bersama pelacur.

“Selepas hampir dua jam berkurung, seorang daripada bapa ayam berusia lingkungan awal 20-an membuka pintu besi sebelum membenarkan kami keluar.

“Kejadian itu pertama kali dialami menyebabkan saya serik. Namun, lebih penting saya mahu polis menutup kawasan berkenaan daripada terus menjadi sarang pelacuran di tengah di ibu kota,” katanya.






2 comments:

jee said...

jagan lh jadi bapa ayam.jadilah tauke ayam

Anonymous said...

Nak makan ayam, pi la kat KFC
Ada otak tak pakai