PC Cilin 2007

PENCARIAN perisian keselamatan komputer yang bersesuaian dengan kehendak pengguna boleh menimbulkan kekeliruan berikutan terdapat pelbagai produk seumpamanya di pasaran masa kini.

Trend Micro Inc (Trend Micro) menerusi pakej produk alternatifnya PC Cilin Internet Security 2007, menawarkan perlindungan secara komprehensif untuk komputer, rangkaian di kediaman dan identiti peribadi pemilik.

Aspek perlindungan yang diketengahkan menerusi penyelesaian terkini PC Cillin itu adalah meliputi aktiviti penghantaran emel, beli-belah, berkongsi gambar, menguruskan wang dan berkomunikasi dalam talian.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Penggunaan perisian PC Cillin Internet Security 2007 dapat melindungi maklumat pemilik daripada spyware, keselamatan antivirus, penggodam, virus dan phishing.

Ia dilengkapi dengan komponen firewall peribadi bagi melindungi dan menghalang sistem komputer atau rangkaian kediaman daripada terdedah kepada serangan penggodam atau virus yang beroperasi secara rangkaian.



Aspek ancaman phishing dalam talian yang direka untuk mencuri nombor akaun bank dan kad kredit pengguna dapat dilindungi dengan menggunakan produk penyelesaian bersepadu terbaru daripada Trend Micro itu.

Bagi tujuan pemasangan untuk pertama kali, ia mudah dilakukan apabila dilengkapi dengan garis panduan mesra pengguna dalam usaha meningkatkan proses menggunakannya.

Maklumat atau kandungan pemilik boleh disalurkan dengan berkesan menerusi kesediaan perkhidmatan penapisan laman Web untuk produk terbaru Trend Micro itu.

Apabila penyelesaian terkini PC Cillin Internet Security 2007 selesai dipasang pada sistem komputer pemilik, ia akan mula beroperasi dengan melakukan aktiviti imbasan awal terhadap cakera keras komputer.

Lebih menarik apabila keputusan imbasan itu akan dibahagikan kepada beberapa segmen iaitu virus, spyware dan kategori Microsoft System Vulnerabilities (sistem Microsoft mudah terdedah).



Sekiranya terdapat potensi ancaman atau kelemahan pada sistem keselamatan rangkaian kediaman atau komputer, pemilik akan dimaklumkan.

Untuk penggunaan firewall peribadi, Trend Micro membahagikan profil kepada beberapa segmen bagi memudahkan proses pertukaran antara pelbagai akses keutamaan dilakukan bergantung terhadap jenis kerja yang dilakukan.

Setiap profil dalam firewall peribadi itu turut dilengkapi peringkat keselamatan amnya sendiri dan perubahan dapat dilakukan untuk peringkat satu hingga empat.

PC Cillin Internet Security 2007 itu mampu membantu pemilik komputer atau rangkaian kediaman menetapkan dan menguruskan rangkaian sambungan pengguna dengan melakukan pengawasan protokol rangkaian aktifnya.

Selain itu, ia juga dapat menguruskan protokol rangkaian yang mampu melemahkan keupayaan perkhidmatan sangsi yang sering digunakan penggodam atau Spyware.



Perisian terkini daripada Trend Micro itu turut didatangkan dengan ciri tambah nilai sokongan telefon percuma dan pakej keselamatan dalam taliannya, Trend Secure.

Ia dapat membantu pengguna bagi mendapatkan perkhidmatan teknikal dengan lebih berkesan dan cepat.

Antara muka yang menarik serta tersusun dilengkapi menerusi perisian terkini PC Cillin menjadikannya lebih mudah digunakan dan dikendalikan.


Nasi Tambah; Norton 360



No comments: