Cereka Animasi Budak Lapok Kenang P. Ramlee
SEBELUM ini industri filem Malaysia sudah mempunyai dua filem cereka animasi berjudul Silat Legenda dan Putih.
Kini, satu lagi filem kartun untuk versi pawagam dihasilkan sebagai tanda apresiasi terhadap Allahyarham P Ramlee, khususnya mengenang semula tiga watak komedi dalam sekuel filem Bujang Lapok yang menjadi karya hebat sentuhan Seniman Agung itu.
Menerusi produksi berjudul Budak Lapok terbitan Matahari Animation & Production Sdn Bhd, filem animasi itu sudah hampir siap dan tenaga produksinya kini sedang membuat usaha akhir bagi menyiapkan sepenuhnya filem cereka itu dan dijangka ditayangkan pada hujung tahun ini.
Pengarah Urusan Matahari Animation & Production, Wafa Tan Sri Abdul Kadir, berkata penerbitan filem animasi Budak Lapok itu dimulakan sejak 2005 dan proses membina lakaran animasi untuk babak filem itu dibuat sepanjang tahun lalu.
"Filem Budak Lapok adalah sebuah filem animasi yang diinspirasikan dan diceritakan semula oleh Aziz Sattar dan juga S Shamsuddin. Tidak ketinggalan juga anak P Ramlee, Nasir yang banyak memberi sokongan di samping menyumbangkan suara untuk filem animasi ini.
“Penonton dibawa semula ke alam kehidupan anak-anak di mana ia menggambarkan pertemuan P Ramlee, Aziz dan S Shamsudin. Suatu penceritaan dalam suasana keceriaan anak-anak dalam menjalani keriangan hidup di kampung dalam suasana budaya Melayu.
“Mereka adalah anak nakal dan rajin berusaha. Kelucuan telatah mereka berakhir dengan kemenangan dan kejayaan.
“Di akhir penceritaan, mereka menyatakan hasrat dan keinginan cita-cita mereka. Kehidupan realiti mereka adalah apa yang kita lihat iaitu legenda tanah air,” kata Wafa.
Animasi Budak Lapuk juga bakal mencetuskan satu daya tarikan baru terhadap filem cereka animasi tempatan kerana ia dihasilkan dengan teliti dan mempunyai daya tarikan tersendiri mengikut acuan budaya dan cita rasa masyarakat di negara ini.
Lebih membanggakan, inilah kali pertama apresiasi terhadap P Ramlee dibuat menerusi animasi dalam usaha memperkenalkan trio Bujang Lapok kepada generasi baru terutama kanak-kanak untuk lebih menghayati karya filem Melayu klasik.

No comments:
Post a Comment