Aizat Bakal Artis SNP?

Jika lagu Perpisahan yang dibawakannya pada konsert ke-6 mampu menyentuh perasaan ribuan penonton yang menyaksikan persembahannya di Dewan Sivik MBPJ, begitulah jua pemergian Mohammad Aizat Amdan pada konsert yang lalu melihatkan kesayuan panel pengkritik serta Aznil Haji Nawawi.

Bagaimana sayu hati Aznil, begitulah sayunya hati pemuda dari Kuala Lumpur itu memikul kesedihan penyingkirannya.

"Sebenarnya saya tidak terkejut apabila Abang Aznil meyebut nama Aizat sebagai peserta yang tersingkir. Sewaktu dia menerima keputusan, saya terlihat kad yang dipegangnya mempunyai huruf seakan-akan seperti nama saya iaitu A I Z....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aizat redha dengan penyingkirannya


"Apatah lagi bila Abang Aznil menekankan perkataan 'berat' sebelum membuat pengumuman, saya sudah menduga bahwa saya yang terkeluar," ujar Aizat ketika diwawancara di pejabat Astro baru-baru ini.

Namun persembahan dua minggu berturut-turut melihatkan betapa mantapnya vokal Aizat sehinggakan panel pengkritik memberikannya empat butang biru.



"Mungkin rezeki saya bukan dalam AF tetapi di luar. Saya yakin dengan masa hadapan saya bahawa saya akan membina kerjaya saya sebagai soerang penyanyi," ujarnya lagi.

"Bagi saya, minggu yang lalu merupakan minggu yang sukarnya untuk diri saya. Ramai yang mengatakan bahawa persembahan pada minggu keenam merupakan persembahan yang terbaik saya dan ianya sukar untuk mengatasi prestasi pada konsert tersebut," ujarnya yang menyanyikan lagu Ada nyanyian M.Nasir.

Aizat mendapat markah terendah dalam undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) walaupun telah memberikan persembahan yang terbaik pada malam tersebut.

Namun, kata puji panel pengkritik tidak mampu mengubah keputusan yang dibuat secara mutlak oleh pengundi AF5.

"Para penonton mempunyai hak untuk mengundi dan saya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pemilihan mereka.



"Namun, saya tetap berterima kasih kepada mereka yang mengundi saya serta memberi kepercayaan kepada bakat saya selama ini.

"Sukar juga untuk saya percaya bahawa saya mampu bertahan selama tujuh minggu di akademi," katanya lagi.

Namun, gimik yang dikenakan pada konsert tersebut diandaikan sebagai salah satu punca mengapa Aizat tidak menerima undian yang banyak.

Ketika setiap peserta menerima kunjungan ibu bapa mereka ke atas pentas, Aswad pula terpinga-pinga tanpa kunjungan sesiapa. Peserta dari Terengganu itu rupa-rupanya sudah kehilangan kedua-dua orang tuanya.

Ramai mengandaikan spekulasi yang tercetus membuat Aswad berjaya meraih undi simpati dan situasi tersebut menyekat penggemar AF5 untuk mengundi Aizat.



Ini terbukti apabila ramai penonton terutamanya di saluran @15 bagai merelakan pemergian Aizat untuk mempertahankan Aswad yang dilihat sebagai seorang insan yang amat memerlukan bantuan SMS mereka berbanding dengan Aizat.

"Yang paling penting di sini adalah betapa kita harus mengenangkan nasib Aswad yang sudahpun kehilangan kedua-dua ibubapanya.

"Saya tidak beberapa setuju dengan gimik tersebut yang meyebabkan ramai menyalurkan undian kepadanya dan bukan saya," tegas Aizat lagi.



Bakal disunting SNP?


Sudah semestinya setiap pelajar yang tersingkir mempunyai jadual yang padat untuk satu minggu yang akan datang termasuk Aizat.

"Buat sementara waktu, saya akan mengikuti Maestro serta perancangannya," ujar Aizat yang akan diikat dengan syarikat tersebut untuk enam bulan.

Namun terdapat jua desas-desus mengatakan bahawa Siti Nurhaliza Productions (SNP) sudahpun memasang niat untuk menyunting Aizat sebagai artis rakaman mereka.

"Ye ke? Saya sendiri pun tidak tahu mengenainya. Jika betul, sememangnya saya terharu sangat dengan tawaran Datuk Siti. Siapa yang tidak mahu bekerja dengannya?," ujar Aizat yang terkejut mendengar khabar berita itu.

Ketika ditanya jika kemungkinan besar Aizat akan meninggalkan Maestro, dia menjawab, "Jika tawaran ini betul-betul terjadi, saya akan rujuk kepada Maestro untuk jawapannya. Jika mereka mengiyakan, saya akan ikut sahaja."



Bukan itu sahaja, pengkritik tetap Hattan turut melahirkan minatnya untuk berkoloborasi bersama-samanya.

"Dia memang ada kata begitu. Kita tunggu dan lihat sahaja," ujarnya yang menerima selendang daripada Hattan pada malam penyingkirannya.

Dalam masa yang terdekat ini jua, Aizat sudahpun menanamkan cita-cita untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang muzik.

"Kalau boleh saya mahu belajar teori muzik kerana saya masih belum mengenali nota-nota muzik.

"Saya mahu menjadi penyanyi yang serba boleh, baik menyanyi mahu menulis," ujarnya yang kini sibuk mencari institusi yang sesuai untuk melanjutkan pelajarannya.

"Saya ingin menjadi Ahmad Dhani (Dewa 19). Dia merupakan idola saya," ujarnya lagi yang turut giat mengambil kelas piano.



Keluarga banyak membantu


Sewaktu mendendangkan lagu Perpisahan, pemuda yang berumur 18 tahun ini mendapatkan inspirasi daripada keluarganya.

"Lagu itu sememangnya didedikasi khas untuk keluarga saya kerana saya terpaksa berpisah daripada mereka untuk mengecapi impian saya di AF5.

"Ternyata berbaloi jua, malah saya tidak sanga saya mampu deliver lagu tersebut dengan sedemikian rupa," ujar Aizat yang merupakan peserta pertama menerima standing obvation daripada penonton di studio termasuk panel pengkritik dan pengetua AF5, Roslan Aziz pada musim ini.

Dengan mempunyai keluarga yang berada serta senang, ramai yang mengatakan bahawa keluarga Aizat yang berhempas pulas mengundinya setiap minggu untuk mengekalkannya dalam pertandingan tersebut.

"Ketika berada di akademi, kami sedikit pun tidak mengetahui siapa berada di kedudukan teratas atau di bawah carta.



"Hanya selepas penyingkiran, baru saja saya tahu. Walau apa-apa pun, saya amat menghargai sokongan keluarga saya yang turut berusaha untuk membantu membina kerjaya saya. Keluarga saya berpuas hati dengan pencapaian saya dan bagi saya itu sudah memadai," ujarnya lagi.


Cuci mulut; AF5 : No More Gegar!




Sumber : mSTAR Online

Photobucket - Video and Image Hosting






No comments: