AF5 Semakin Sengit

RIZAL, pelajar dari Kuching, Sarawak sudahpun terkeluar dan penyingkirannya memang dijangka.

Ini bukan kerana Rizal tidak berusaha tetapi ramai yang percaya personaliti Rizal, jika dilihat dari Diari AF tidak cukup menarik untuk membuat peminat di luar sana mengundinya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Selamat Tinggal Rizal

Dari episod perebutan lagu dengan Aswad, personalitinya yang tidak konsisten dan kisah 'cinta' yang baru berputik dengan Dekna, pelajar yang terkeluar minggu lalu, semuanya memberi kesan negatif kepada imej Rizal.

Ketika menyampaikan lagu 'That Thing You Do' pada konsert ke enam minggu lalu di Dewan Sivik, MPPJ, Rizal tampil cukup berkeyakinan walaupun sebelum ini dia mengalami kesukaran dengan sebutan bahasa Inggeris.

Rizal telah diberi tiga butang biru oleh juri tetap Hattan, Ogy Ahmad Daud dan Fauziah Latiff selesai persembahannya. Malah Ogy melahirkan kekagumannya dengan menyatakan "inilah persembahan terbaik Rizal setakat ini' namun kata-kata perangsang dari juri gagal menyelamatkan kedudukan Rizal.



Peminat AF di luar sana sudahpun membuat pilihan mereka dan kali ini nampaknya mereka lebih arif tentang segala pergolakan yang berlaku di dalam akademi.

Kini tinggal lapan lagi pelajar dalam akademi iaitu Aizat, Dafi, Shawal, Ebi, Aswad, Mila, Candy dan Heliza.

Seandainya anda berpeluang menonton konsert ini dengan ratusan peminat AF di Dewan Sivik, anda akan sedar betapa kuatnya kubu penyokong dua orang pelajar iaitu Dafi dan Aizat.

Malah kehadiran banner, kain rentang serta sorakan dan tempikan setiap kali melihat kelibat pelajar idola mereka sudah cukup membuat kita membuat rumusan yang Aizat dan Dafi akan terus ke final nanti.

Kehadiran penyokong pelajar lain tidak begitu ketara dan tidak dapat dirasakan di dalam dewan. Dari segi prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua pelajar setakat ini, Aizat dan Candy yang paling konsisten.



Dafi tampak lebih confident setiap minggu dengan prestasi yang menggalakkan. Begitu juga Mila yang menampilkan peningkatan yang drastik sekali. Dari seorang pelajar yang tercorot setiap minggu, Milah akan berada di tempat yang selesa setiap kali tamat konsert dan Mila sudah menunjukkan bakat sebagai penari juga.

Walaupun Shawal dan Ebi antara pelajar favourite tapi setakat ini persembahan mereka disifatkan sebagai 'biasa-biasa' saja oleh pengkritik. Ebi antara pelajar yang diharap dapat memberi saingan kepada Dafi dan Aizat. Tidak keterlaluan jika dikatakan Ebi sudah menampakkan sedikit aura juara.

Namun, prestasi yang ditunjukkan oleh Ebi tidak begitu konsisten - adakala dia tampil penuh keyakinan, tetapi persembahannya minggu lalu agak mengecewakan.

Candy dan Aizat mempunyai tone suara yang sedap dan merdu dan ramai terhibur dengan persembahan mereka. Jarang sekali mereka tidak 'deliver' tips yang diberikan oleh tenaga pengajar. Mungkin dari segi pakej, Aizat dan Candy agak ketinggalan dan untuk bersaing di luar sana, mereka perlu mempunyai pakej yang lengkap seperti yang telah ditunjukkan oleh senior mereka Mawi.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aizat antara peserta yang prestasinya semakin meningkat


Dua pelajar yang masih tidak memperlihatkan sebarang kemajuan atau prestasi yang baik adalah Heliza dan Aswad. Kemungkinan jua penyokong mereka akan menjadi bosan seandainya mereka berterusan dengan sikap acuh tak acuh mereka. Sungguhpun saban minggu persembahan mereka 'kalah' dengan pelajar lain, penyokong mereka tetap tidak berputus asa dan memberi peluang kepada mereka untuk mara ke konsert seterusnya.



Dari segi penerbitan konsert setiap minggu, penerbit Bob Azrai cuba membawa kelainan untuk memberi warna program yang dikatakan kurang menyengat sekarang. Di konsert yang lepas, Bob telah memperkenalkan barisan protege pelajar AF5, format tekan butang biru dan acara Majlis Anugerah dengan membawa selebriti terkemuka tanahair untuk menyampaikan 'amanat'.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Antara gimik terbaru AF5


Semua ini adalah usaha yang bagus dan adakalanya menjadi. Tetapi seperkara yang harus diingatkan, secantik mana pun icing atau frills (hiasan) di atas kek, jika kek tidak sedap pun tak guna juga!

Ini adalah kerana, walau apapun gimik yang disediakan oleh pihak penerbit, yang penting sekali pelajar-pelajar harus menunjukkan persembahan yang menghiburkan dan bukan sebaliknya.

Pengacara Aznil Nawawi dilihat terpaksa membuat 'tugasan' lebih untuk mempromosikan pelajar-pelajar ini dan menggunakan kreativitinya untuk menceria dan menghidupkan suasana konsert agar ianya tidak terus dikritik.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Que Haidar, Sazzy Falak dan Farid Kamil antara selebriti yang turut hadir pada konsert AF5


Rasanya semua yang terlibat sudah cuba membuat sesuatu untuk memastikan konsert AF tidak hambar terutama tenaga pengajar seperti Fatimah Abu Bakar, Adnan Abu Hassan, Linda Jasmin, Aznil Nawawi dan Bob Azrai. Yang kurang usaha ke arah itu ialah pengetuanya sendiri, Roslan Aziz.



Roslan tidak seharusnya mengambil sikap 'lepas tangan' dan membiarkan saja segalanya di atas bahu Fatimah Abu Bakar kerana ini adalah tanggungjawabnya.

Kalau di masa lepas, kita sudahpun dapat bayangan siapa "Juara AF" di episod ke 4 dan ke 5, pada AF5 kali ini bayang 'juara' pun masih samar-samar lagi. Yang ada cuma harapan agar pelajar yang betul-betul layak akan dinobat sebagai juara. Janganlah hendaknya pelajar yang menang sorak tetapi tiada pakej, personaliti dan suara yang menang nanti.

Kesilapan pernah dibuat ketika menabalkan satu atau dua juara yang lepas. Diharap kita akan belajar dari kesilapan lalu.








No comments: