Sony Ericsson W710i

APLIKASI telefon mudah alih yang dilengkapi dengan ciri senaman adalah produk komunikasi bersepadu moden dan efektif yang dihasilkan bagi menepati kehendak pengguna moden serta menekankan gaya hidup lebih sihat.

Sony Ericsson W710i adalah model telefon mudah alih bertenaga menawarkan yang direka berasaskan platform teknologi komunikasi, sistem hiburan dan ciri aplikasi senaman secara bersepadu.

Photobucket - Video and Image Hosting
W710i mengetengahkan aplikasi senaman dan menepati kehendak pengguna masa kini.




Ia menepati kehendak pengguna masa kini yang tidak mahu berjauhan dengan telefon mudah alih mereka walaupun ketika sedang menjalani aktiviti senaman harian atau mingguan.

Model W710i adalah telefon mudah Sony Ericsson boleh lipat bagi siri ‘walkman’ yang mengetengahkan rekaan pintar menarik dengan kualiti produk bertenaga bersesuaian untuk kegunaan bagi aktiviti lasak.

Bagi aplikasi senaman, ia mempunyai pedometer bagi mencatatkan rekod ketika berlari atau berjalan disamping mempunyai pelatih senaman bagi memberi maklumat prestasi pemilik ketika aktiviti sedang dilaksanakan.

Menarik lagi apabila aplikasi senaman itu turut dilengkapi dengan ciri pengiraan tempoh perjalanan bagi negara di pelbagai lokasi di dunia.

Selain itu, W710i turut menyediakan aspek pengendalian asas seperti mod gegaran, teks, pesanan multimedia, jam loceng, senarai tugasan, buku nota, penentu masa, jam senaman, mesin kira dan perakam memo suara.



Ia juga mempunyai ciri fon speaker, bluetooth lengkap dengan profil stereo, emel dan sokongan kabel USB.

Dari segi penyediaan kelengkapan kamera pada telefon mudah alih Sony Ericsson itu, ia dianggap memuaskan apabila W710i dilengkapi dengan 2 megapiksel tanpa ciri flash atau cermin potret sendiri bagi memudahkan pengambilan gambar lebih cekap.

Ciri asas yang diperkenalkan menerusi model terbabit menyamai aplikasi telefon mudah siri ‘Walkman’ seumpamanya apabila ia turut dilengkapi dengan buku telefon untuk menyimpan sehingga 1,000 nombor panggilan, data berkaitan emel, alamat laman web, pekerjaan, syarikat dan alamat kediaman.

Untuk sistem hiburannya pula, pemain muzik W710i dilengkapi memori dalaman bersaiz 10 Megabait (Mb) dan sebagai pilihan, pemiliknya disarankan untuk mengguna kad Stick Micro pada 512 Mb untuk meningkatkan keupayaan penyimpanan data.

Radio FM turut diketengahkan menerusi model terbabit menyamai standard telefon berasaskan ciri Walkman.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Bukan saja ia boleh dibuka atau ditutup ketika aplikasi pemain muzik sedang beroperasi, malah trek lagu yang dipasang boleh dihentikan seketika, dipercepatkan ataupun di main balik mengikut kemahuan pemiliknya.

Bagi proses pengenalan pemanggil pula, ia boleh menetapkan sehingga 12 nada dering ‘polyphonic’ termasuk penggunaan foto atau video di bahagian skrin dalaman telefon mudah alih terbabit.

Paparan luaran sekelilingnya adalah menarik apabila ia mempunyai butang fungsi untuk Walkman bagi membolehkan pemiliknya menggunakan telefon mudah alih itu walaupun ia dalam keadaan tertutup.

Penampilan paparan luarannya adalah berasaskan gabungan warna putih, jingga dan kelabu bertepatan menggambarkan produk bagi segmen pengguna aktif.

Kepekaan Sony Ericsson menghasilkan produk komunikasi bersepadu yang dilengkapi dengan aplikasi senaman turut dipaparkan menerusi penampilan luar bersalut getah bagi membolehkan pengguna mendapat cengkaman meyakinkan walaupun ketika menjalani aktiviti aktif.

Resolusi monokroma yang diketengahkan pada skrin luar telefon mudah alih terbabit memudahkan pemiliknya untuk melihat tarikh, masa, jangka hayat bateri, kekuatan siaran dan pengenalan pemanggil dalam pelbagai keadaan kekuatan cahaya persekitarannya.

Pengguna telefon Sony Ericsson pasti mendapati aktiviti pelayarannya mudah apabila ia masih menekankan konsep penyelenggaraan yang sama seperti produk sebelumnya dan ringkas.

Kesimpulannya, W710i itu adalah telefon mudah alih yang mengetengahkan ciri berbeza khususnya menerusi aplikasi senaman yang menepati kehendak pengguna masa kini.



Sumber : Berita Harian Edisi 07-03-07

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Tanya Izalsyah; "Kalau beli hp ni kita boleh rajin bersenam ke?"





No comments: