Pak Lah Nafi Berkahwin

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam berkata, cakap-cakap kononnya beliau akan berkahwin tidak lama lagi hanya khabar angin semata-mata.

“Itu rumours (khabar angin)... itu rumours,” kata Perdana Menteri sambil tersenyum dan ketawa apabila ditanya mengenai perkara itu pada sidang media selepas taklimat Ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM) di sini, semalam.

Photobucket - Video and Image Hosting
"Itu rumours..." Ujar Pak Lah apabila ditanya adakah benar beliau akan berkahwin dalam masa terdekat ini.



Hadir sama, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Wartawan yang mengajukan soalan itu, memulakan pertanyaan dengan meminta agar Perdana Menteri tidak marah dengan soalan yang bakal ditanya, disambut ketawa kecil di kalangan pemberita lain.





You nak kata ni, nak bagi saya marah le ni, sebab itu kamu kata harap saya tak marah,” kata Abdullah, juga ketawa dan kelihatan riang.

Apabila ditanya mengenai laporan dalam internet kononnya beliau akan berkahwin tidak lama lagi, Abdullah tersenyum dan ketawa, menjelaskan itu khabar angin.

Seorang wartawan lain mencelah dan bertanya, bagaimana dalam masa terdekat ini, Perdana Menteri mengulangi: “Rumours, rumours... okay.”



Perdana Menteri kemudian dalam nada berjenaka berkata: “Itu dah mai cerita lain, ha siapa lagi nak kahwin.”

Ura-ura kononnya Abdullah akan berkahwin tersebar beberapa bulan lalu dan kalangan media diberitahu Perdana Menteri dikatakan melangsungkan pernikahan Sabtu lalu. Berita turut disebar melalui internet.

Isteri beliau, Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood, 64, meninggal dunia 20 Oktober 2005, selepas lebih tiga tahun bertarung dengan kanser payu dara.



Sumber : Berita Harian Edisi 07-03-07



Kata Izalsyah; "Kata orang, setiap lelaki yang berjaya, pasti ada seorang wanita 'bediri' dibelakangnya. Kata oranglah kan..."



No comments: