Sony Ericsson K800i Cyber-Shot

TELEFON selular model K800i Cyber-shot, keluaran Sony Ericsson diiktiraf sebagai telefon mudah alih terbaik oleh Persatuan GSM sempena Anugerah Mobile Global 2007 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini.

Naib Presiden Eksekutif Korporat dan Ketua Jualan Sony Ericsson, Anders Runevad, berkata model K800i yang diperkenalkan ke pasaran tahun lalu membolehkan pengimejan mudah alih menjadi realiti kepada berjuta penduduk dunia.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
“Ia menghasilkan gaya hidup baru berasakan komunikasi mudah alih dan imej dengan menggabungkan prestasi kamera 3.2 mega piksel dan teknologi komunikasi generasi ketiga (3G) bagi memudahkan proses perkongsian imej,” katanya.

Sejak K800i Cyber-shot diperkenalkan tahun lalu, lebih empat juta unit telefon model berkenaan dijual di pasaran. Pengguna boleh menyaksikan model berkenaan beraksi dalam filem James Bond, Casino Royale.



Keluarga telefon komunikasi Cyber-shot sudah ditambah kepada pelbagai model seperti K810, K818, K550 dan K550im, iaitu telefon Cyber-shot yang menyokong i-mode.



Sumber : Berita Harian Edisi 12-03-07

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Kata Izalsyah; "Kalau teringin nak merasa jadi Jebon, beli ler handphone ni." Ahaks!



No comments: