Fasha Sandha Murah Dengan Cinta?

BUKAN sekali dua, malah agak kerap pelakon yang semakin mengukir nama di persada seni tanah air ini dikaitkan dengan cinta lokasi. Setiap kali si jelita Fasha Sandha membintangi drama atau filem, pasti ada saja cerita mengaitkan dirinya bermain cinta dengan hero yang turut digandingkan bersamanya tersebar luas.

Terbaru, cerita sama timbul apabila pemenang anugerah Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 ini memegang watak utama dalam filem 9 September bersama pelakon remaja Pierre Andre, yang juga pengarah filem terbabit.

Khabarnya, Fasha dan anak bujang kepada pelakon Khatijah Tan ini dikatakan cukup mesra di lokasi. Kemesraan itu berlanjutan sehingga pasangan ini menjalani penggambaran di Pulau Pangkor, Perak baru-baru ini. Benarkah dakwaan itu atau ia sebuah gimik awal untuk mempromosikan filem terbabit seperti yang dilakukan karyawan Barat.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Fasha Sandha dikatakan murah dengan cinta.


Saat diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, Fasha mengakui dia dan Pierre bersikap profesional dan tidak mencampuradukkan perihal peribadi sewaktu bekerja.

“Saya begitu menghormatinya sebagai pengarah. Terus terang, memang tidak wujud perasaan cinta antara kami ketika ini. Tetapi kalau terjadi pada masa depan, itu saya tak mampu berkata apa. Cuma saya akui antara kami memang ada ‘chemistry’ sebab itu kami rapat,” ujar Fasha ketika ditemui Hip di lobi hotel tempat penginapan mereka, di Teluk Dalam, Pulau Pangkor, baru-baru ini.

Fasha berkata, sebagai pelakon, dia perlu mewujudkan perasaan selesa antara mereka berdua bagi memastikan watak Nia yang dibawakannya hidup, apatah lagi mereka dikehendaki bercinta dalam filem ini.

“Pierre seorang yang pemalu. Jadi untuk membuang perasaan itu, saya perlu bersikap mesra supaya dia selesa dan tidak kekok berlakon dengan saya,” jelas pelakon berusia 22 tahun ini.



Belum habis isu cinta lokasi, Fasha turut ditanya kesahihan cerita yang dia kini kembali intim dengan kekasih lamanya dan kelihatan berjalan berpegangan tangan dengan pemuda itu di sebuah lokasi terkemuka. Seperti yang dijangka, Fasha memberi jawapan yang cukup standard iaitu, “Saya berkawan dengan ramai orang.”

Mengulas lanjut persoalan itu, jelas Fasha, gosip seperti itu adalah satu perkara yang biasa baginya kerana kemesraan dan sikap mudah mesra yang dipamerkannya sering disalah anggap.

“Tanyalah kepada mana-mana krew produksi atau pelakon yang pernah berlakon dengan saya, memang beginilah sifat saya. Mudah mesra dan manja dengan semua orang. Jadi tidak mustahil ada yang menyalah tafsir sifat saya itu dengan menyatakan saya begitu murah dengan cinta,” luahnya

Pada pertemuan itu, Fasha turut meluahkan perasaan terkilannya kerana sering menjadi mangsa tohmahan dan kritikan yang tidak berasas sesetengah pihak.

“Contohnya, selepas saya memenangi anugerah sewaktu ABPBH dulu, terus saya dilabelkan sebagai demanding, besar kepala dan macam-macam lagi. Tapi saya percaya, saya di pihak yang benar. Semakin ramai orang yang mengeji, semakin melimpah rezeki saya dalam bidang ini,” jelas Fasha yang diakui mempunyai sinar yang cerah dalam bidang lakonan.




Nia watak idaman paling mencabar

SAAT menerima tawaran membintangi filem 9 September, hatinya melonjak gembira kerana inilah watak yang menjadi idamannya selama ini. Jika sebelum ini dia cukup sinonim dengan watak gadis teraniaya, pelakon air mata, lemah lembut, tetapi menerusi buah tangan sulung Pierre ini, Fasha memegang watak antagonis.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

“Skrip filem ini saja sudah cukup membuatkan saya tidak boleh berkata tidak. Sepanjang saya bergelar pelakon, saya akui ini adalah karakter paling susah dilakonkan.

“Yalah, sebelum ini ramai yang beranggapan saya hanya mampu membawakan watak sedih dan gadis lemah lembut. Jadi menerusi watak Nia, diharap ia mampu membuka mata bahawa Fasha bukan pelakon stereotaip dan mampu membawakan pelbagai watak, baik dan jahat.

“Bagi saya pelakon yang baik adalah pelakon yang mampu membawa pelbagai watak dan tidak terhad kepada satu-satu watak saja,” ujar model Maybelline ini.

Justeru, bagi memastikan watak Nia dihidupkan sebaik mungkin, pelakon yang terkenal dengan watak Natasha ini sanggup membuat ulang kaji dengan menonton filem dari Korea dan Barat sebagai panduan.

“Selepas berkali-kali membaca skrip yang dihasilkan Pierre dan mendapat gambaran perwatakan Nia, saya banyak menonton filem dari luar seperti My Sassy Girl, Boys Don’t Cry dan Cinta Kita lakonan Sofea Jane sebagai panduan mengenai karakter yang saya bakal bawakan,” ulas Fasha yang begitu teringin untuk bekerja di bawah arahan Shuhaimi Baba, Yasmin Ahmad dan U-Wei.



Sumber : Berita Harian Edisi 12-02-07



Tanya Izalsyah; "Aku selalu confuse antara Fasha Sandha dengan Nur Fazura. Asal ha???"



No comments: