Penulis Blog Wanita Di Hina?
PETALING JAYA: Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak bersedia mengulas kecaman yang diterima beliau susulan kenyataannya yang dianggap merendah-rendahkan penulis blog wanita, lapor agensi berita AP hari ini.
Sebuah akhbar berbahasa Cina minggu lepas melaporkan Tengku Adnan berkata "semua penulis blog adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan bermacam-macam cara. Apa yang saya faham, daripada 10,000 penulis blog yang tiada pekerjaan, 8,000 daripada mereka adalah wanita."
Kenyataannya itu yang dilaporkan Sin Chew Jit Poh edisi petang Khamis lepas membangkitkan kemarahan penulis-penulis termasuk blog wanita, antaranya Datuk Paduka Marina Tun Mahathir.
Sewaktu dihubungi agensi berita itu, Tengku Adnan enggan mengesahkan laporan tersebut atau mengulas lanjut.
"Saya tidak ada apa-apa untuk dikatakan buat masa sekarang," kata Tengku Adnan.
Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

No comments:
Post a Comment