Nokia E-Series

NOKIA memperkenalkan model terkini E-Series yang mampu meningkatkan keupayaan sambungan internet dalam industri telefon mudah alih serta mengubah gaya hidup pengguna yang menggunakan teknologi mudah alih bagi tujuan seharian.

Presiden dan Ketua Eksekutif Nokia, Olli-Pekka Kaliasvuo, berkata pada masa ini, teknologi mudah alih dan internet berkait rapat dan sebagai peneraju industri, pengeluar telefon mudah alih itu mahu melihat gabungan antara kedua-dua teknologi itu mencetuskan revolusi baru.

Photobucket - Video and Image Hosting

“Nokia menjangkakan pengguna telefon bimbit akan mencecah angka tiga bilion tahun ini, yang mana pengguna di rantau Asia Pasifik menyumbang sebahagian besar daripada jumlah terbabit,” katanya ketika menghadiri Kongres 3GSM Sedunia di Barcelona, baru-baru ini.

Katanya, teknologi terkini seperti televisyen mudah alih, pelayaran, e-mel mudah alih dan pengurusan e-dokumen bukan hak milik mutlak pengguna di negara maju kerana Nokia mencipta peranti yang mampu mengubah gaya hidup pemilik telefon bimbit.

Nokia melancarkan tiga model telefon bimbit di bawah rangkaian E-Seris iaitu model Nokia e61i yang dilengkapi peranti e-mel, Nokia E65 dan Nokia E90 Communicator yang dilengkapi semua keperluan perniagaan berteknologi tinggi.

Kaliasvuo berkata, kesemua model itu direka dengan mengguna pakai perkhidmatan generasi ketiga (3G) dan teknologi sambungan rangkaian setempat tanpa wayar (WLAN) menggunakan tapak perisian S60 yang fleksibel. Kesemua model terbabit dilengkapi kamera binaan dalam berkualiti tinggi.

Nokia E65 sudah mula berada di pasaran terpilih dan akan mula dijual secara meluas pada suku pertama tahun ini manakala Nokia E61i dan Nokia E90 Communicator akan menjengah pasaran menjelang suku kedua tahun ini.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Pada kongres itu, Nokia turut mengumumkan pelancaran Nokia Intellisync Mobile Suite 8.0, satu tapak penyediaan paling fleksibel dalam industri telefon mudah alih.

Ia menyediakan kemudahan e-mel, pengurusan fail selaras dengan ciri keselamatan mantap dan kemampuan pengurusan peranti bagi produk di bawah Nokia E-Series serta lebih 100 model lain.

Perisian itu dilengkapi ciri-ciri model perlesenan dia peringkat, paparan muka mesra pengguna, peningkatan keupayaan keselamatan telefon mudah alih dan sokongan pelbagai bahasa serta sambunga,

Selain model E-Series, Nokia turut memperkenalkan Nokia 6110 Navigator yang dilengkapi teknologi pelayaran pasaran besar bagi tujuan perkhidmatan mengesan lokasi.

Model itu menggunakan teknologi Sistem Pengesan Global (GPS) bersepadu yang membolehkan pengguna mengenalpasti lokasi dengan pantas dan mudah pada peta, mencari destinasi, laluan spesifik atau mengesan perkhimatan terdekat seperti hotel, restoran atau kedai.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Ia dilengkapi ciri-ciri pelayar tiga dimensi (3D) boleh putar sepenuhnya dan menggunakan arahan suara atau visual pada peta. Model ini akan berada di pasaran pada suku kedua tahun ini.


Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



SPESIFIKASI


Model Nokia E61i

Paparan: 1.8 inci X 0.7 inci X 5.0 inci
Warna: 16.7 juta QVGA warna (320 X 240 piksel)
Berat: 114 gram
Tebal: 16mm
Perkhidmatan: 3G, WLAN, Kamera Digital
Sistem bunyi: Sistem bunyi digital piawai disokong Mp3
Mesej: SMS, EMS, MMS
Sambungan: WAP 2.0
Storan: 30MB




Model Nokia E65

Paparan: 1.9 inci X 0.7 inci X 4.5 inci
Warna: 16.7 juta QVGA warna (320 X 240 piksel)
Berat: 118 gram
Tebal: 16mm
Perkhidmatan: 3G, WLAN, Kamera Digital 2 Megapiksel
Sistem bunyi: Sistem bunyi digital piawai disokong Mp3
Mesej: SMS, EMS, MMS
Sambungan: WAP 2.0
Storan: 70MB storan dalaman, format kad memori MicroSD 2GB



Sumber : Berita Harian Online

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Tanya Izalsyah, "Sape-sape tau harge hp ni jgn la malu-malu bgtau yeak."





No comments: