AF5: Diya Terkeluar, Zana Tarik Diri

PETALING JAYA: Program realiti popular tanah air, Akademi Fantasia (AF5) membuka tirainya dengan menyaksikan Diya atau Adyana Khalid dari Kuala Lumpur menjadi pelajar pertama tersingkir pada malam semalam.

Pada konsert yang berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Perbandaran Petaling Jaya(MPPJ), Diya menyanyikan lagu ' Aku Masih Setia ' yang dipopularkan oleh Dia Fadila .


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Diya menerima undian terendah


Undian melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada penonton ternyata tidak mencukupi untuk menyelamatkan peserta itu apabila dia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-15.

Peserta daripada negeri Sarawak, Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hanizan atau Zana turut mengikut jejak langkah rakan seakademinya apabila peserta berusia 27 tahun itu mengumumkan keputusannya untuk menarik diri.

"Penarikan diri Zana menerusi rancangan ini adalah kerana dia tidak mampu menghadapi tekanan yang ada dalam akademi ini.



"Dia mengumumkan keputusan ini semalam kepada pihak kami," jelas Bob Azrai selaku Penerbit Eksekutif Akademi Fantasia 5 ketika ditanya mengenai pengunduran peserta tertua akademi tersebut.

Ketika ditanya jika sebab utama penarikan Zana berpunca kepada pengedaran gambar aksi panas di internet yang dikatakan kepunyaan peserta terbabit , Bob berkata, "Itu bukan punca dia mengambil keputusan untuk berhenti. Zana turut mengatakan kepada pihak kami bahawa gambar-gambar tersebut bukan kepunyaannya."

Zana dikatakan tidak mampu mengawal emosinya sejak hari Selasa yang lalu apabila peserta wanita itu tidak terhenti-henti menitiskan airmatanya.

Walaupun dipujuk oleh pihak penerbitan AF5, Zana tetap bertegas untuk berhenti.

14 pelajar yang masih meneruskan perjuangan mereka adalah Candra Clement (Candy; Sabah), Aryanna Najwa Ahmad (Dekna; Pulau Pinang), Nurul Fatin Yahya (Fatin; Johor), Nur Heliza Helmi (Heliza; Kuala Terengganu), Norsyarmilla Jirin (Mila; Pulau Pinang), dan Nonny Nadirah Zainuddin (Noni; Sabah).



Pelajar lain adalah Mohd Shafiq Mohd Ramadzan (Afiq; Putrajaya), Muhammad Aizat Amdan (Aizat; Kuala Lumpur), Muhammad Nur Aswad Jafar (Aswad; Pulau Pinang), Gadaffi Ismail Sabri (Dafi; Selangor), Ebi Kornelis @ Firdaus Yamal (Ebi; Sabah), Mohd Farha Jasmen (Farha; Sabah), Hasfarizal Ayub (Rizal; Sarawak) dan Mohd Shawal Ruslan (Shawal; Kuala Lumpur).

Selama 10 minggu, pelajar terpilih menerima bimbingan dan latihan daripada tenaga pengajar profesional diketuai Roslan Aziz , Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan), Syafizawati Sharif (Guru Vokal Teknikal) dan Fauziah Nawi (Guru Drama).

Antara guru-guru lain yang turut terlibat adalah Linda Jasmine (Guru Koreografi), Fatimah Abu Bakar (Guru Persembahan Pentas) , Dr Azahari Othman (Perunding Motivasi), (Perunding Fesyen), Jasmi Rejab dan Khairul Najmi (Guru Bahasa Inggeris).
]


Sumber : mSTAR Online



Komen Izalsyah; "Konsert malam tadi bosan + boring sangat-sangat. Nasib baik la ada Akak Ogy."


No comments: