'Aksi Panas' Zana AF5?

KUALA LUMPUR: Isu penyebaran gambar aksi panas yang dipercayai dihasilkan melalui teknik pertindihan imej (super-impose) membabitkan bekas peserta Akademi Fantasia 5 (AF5), Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hamzan, 23, dikatakan menjadi punca peserta terbabit hilang konsentrasi hingga terpaksa menarik diri pada konsert pertama AF5 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin.

Zhana dikatakan tertekan selepas mengetahui gambar aksi panas terbabit yang mirip wajahnya tersebar meluas melalui Internet yang cuba untuk memburukkan reputasinya.

Sumber rapat dengan keluarga Zhana, memberitahu, gambar itu juga yang menjadi punca bekas penyampai radio berkenaan menarik diri secara mendadak.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

“Dia percaya ada pihak cuba mensabotajnya. Itu bukan gambarnya dan ia dipercayai gambar super-impose. Zhana dan keluarganya pun hairan bagaimana gambar itu boleh dikaitkan dengannya,” katanya.

Zhana juga difahamkan sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai gambar berkenaan sehingga keadaan reda.

“Dia sekarang sedang berehat dan menenangkan fikiran. Dia tidak akan buat apa-apa kenyataan sehinggalah keadaan benar-benar reda,” katanya enggan mengulas lanjut.

Kelmarin, Zhana yang berasal dari Kuala Lumpur, membuat keputusan mengejut apabila menarik diri dari AF5 pada konsert pertama program realiti TV berkenaan di Dewan Sivik MPBJ, di sini.

Penerbit Eksekutif AF5, Bob Azrai, berkata keputusan itu dibuat disebabkan tekanan yang dialami peserta berkenaan.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Ditanya sama ada penarikan diri peserta itu ada kaitan dengan gambar aksi panasnya di internet, beliau berkata, Zhana hanya memberitahu dia sudah tidak mampu bertahan dalam AF5 atas sebab peribadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent & Management, Freddie Fernandez, yang bertanggungjawab menguruskan peserta AF, ketika dihubungi, mengesahkan sudah dimaklumkan mengenai kontroversi berkenaan.

“Saya sudah tahu fasal perkara itu. Zhana pun sudah buat laporan polis dan kita biar perkara ini disiasat dulu. Apa saja pun tindakan selepas ini, kita akan rujuk pada nasihat polis,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, ketika dihubungi, mengesahkan belum ada sebarang laporan dibuat berhubung kes berkenaan.

Jurucakap terbabit berkata, mengikut undang-undang individu yang mengedar gambar lucah di dalam Internet boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan itu dikategorikan sebagai melakukan kesalahan jenayah.



Mengikut peruntukan seksyen berkenaan, mereka yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sabtu lalu, Zhana menimbulkan kejutan apabila membuat pengumuman menarik diri daripada AF5 pada konsert mingguan pertama AF5.

Tiga tahun lalu, penyanyi dan pelakon, Linda Rafar pernah menjadi mangsa kegiatan sama apabila sebuah laman web menyiarkan gambar bogel dengan aksi lucah mengandungi wajahnya bersama seorang anggota KRU, Edry Abdul Halim.

Susulan itu Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Rafar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 22 November 2004 kerana tidak puas hati dengan penyiaran gambar berkenaan yang disifatkan memfitnahnya.

Sebanyak 11 gambar yang sebelum ini pernah disebarkan melalui e-mel pada 1999, disiarkan semula bersama gambar selebriti lain.



Gambar lucah yang mendapat perhatian umum itu didakwa dirakam ketika Linda masih menganggotai kumpulan Elite.

Hasil siasatan, polis menahan seorang guru lelaki berusia 51 tahun dipercayai bertindak menyebarkan gambar berkenaan.

Guru yang masih bujang dan mengajar subjek Bahasa Inggeris di sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) di Kuantan itu ditahan di rumahnya dan polis turut merampas satu unit komputer serta beberapa keping disket mengandungi gambar lucah.

Sementara itu beberapa artis dan penyanyi terkenal lain pernah menjadi mangsa seperti Erma Fatimah, Sheila Majid, Ummie Aida, Jasmin Hamid dan Leina Hangat.


Lauk Tambah; Konsert AF5 : Tangisan pelajar ikhlas ke?




Sumber : Harian Metro Edisi 19-03-2007 & Berita Harian Edisi 19-03-07




Kata Izalsyah; "Ini namanya salah guna teknologi. Tak pasal-pasal Zana jadi mangsa."



No comments: