Kain Batik Ganti Skirt Singkat

Kain Batik Cetus Kontroversi 

 photo Suzanne G L Tan - JPJ - Wangsa Maju - skirt - kain batik_zpsyiidpkjn.jpg
Muka depan Kosmo! Edisi 10-06-2015

Seorang pelanggan wanita diarah pakai kain sarung di pejabat JPJ 

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berasa amat kesal dengan kejadian seorang pelanggan wanitanya yang diberikan kain sarung kerana memakai skirt singkat ketika berurusan di sebuah pejabat cawangan JPJ, Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin. 

Menurut JPJ, seorang wanita bergelar Suzanne G L Tan membuat dakwaan di akaun Facebooknya bahawa dia diarahkan memakai kain sarung ketika berkunjung si sebuah pejabat cawangan jabatan berkenaan. 

Justeru, JPJ menegaskan, pihaknya tidak mempunyai polisi untuk memberikan kain sarung kepada pelanggan sekiranya mereka mengenakan pakaian yang tidak mengikut garis panduan kod etika berpakaian. 

"Kami berasa amat kesal dengan kejadian ini dan memohon maaf kepadanya di atas kesulitan itu."

"JPJ ingin menegaskan bahawa tiada peraturan yang menyatakan bahawa pelanggan perlu diberikan kain sarung jika mereka tidak menepati garis panduan kod etika berpakaian," kata JPJ menerusi satu kenyataan di sini semalam. 

Wanita itu yang diarahkan memakai kain sarung selepas dia didapati tidak mematuhi etika berpakaian ketika berurusan di kaunter JPJ menjadi viral di media sosial. 

Wanita berkenaan mendakwa dia pergi pejabat berkenaan kerana ingin menukar nama pemilik kereta yang telah dijualnya. 

 photo 2-Suzanne G L Tan - JPJ - Wangsa Maju - skirt - kain batik_zps7zxs0ku7.jpg photo 3-Suzanne G L Tan - JPJ - Wangsa Maju - skirt - kain batik_zpsdgpkoitl.jpg

Menurut dakwaannya, dia yang memakai skirt merah jambu diberikan kain tersebut oleh kakitangan JPJ di kaunter yang memberikan nombor giliran kepada pelanggan. 

Wanita tersebut mendakwa diminta memakai kain sarung itu jika mahu berurusan di pejabat berkenaan baru-baru ini. 

Kosmo! difahamkan kejadian itu berlaku di pejabat cawangan JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur. 

Ekoran kejadian itu, JPJ menjelaskan kejadian berkenaan telah menyulitkan urusan pelanggan tersebut. 

Menurut kenyataan jabatan itu lagi, pihaknya sentiasa proaktif ketika memberi perkhidmatan kepada orang ramai bagi memastikan mereka memperoleh perkhidmatan yang baik dan efisien. 

Tambahnya, pejabat JPJ adalah tertakluk kepada garis panduan kod etika pakaian yang telah ditetapkan sama seperti pejabat kerajaan yang lain.       

 photo kod-etika-berpakaian-kerajaan-jpj_zpsaf6zc1e0.jpg

 Sumber : Kosmo! Edisi 10 Jun 2015 bersamaan 23 Syaaban 1436H
 

No comments: