Negarakuku: Wee Mohon Maaf, Tiada Niat Menghina

PUTRAJAYA: "Wee Meng Chee hanya seorang pemuda naif yang tidak berniat menghina sesiapa melalui klip video Negarakukunya. Jadi saya harap rakyat Malaysia akan bersikap mulia dan menerima permohonan maaf terbukanya itu," demikian ujar naib presiden MCA Datuk Seri Dri Chua Soi Lek hari ini.

Katanya dalam perbualan hampir setengah jam antaranya dengan Wee pagi tadi, pelajar itu yang telah menarik balik videonya itu dari laman web YouTube.com juga meminta rakyat Malaysia yang telah menyalinnya agar berhenti menyebarkan salinan klip video itu supaya isu ini tidak lagi menjadi duri dalam daging rakyat Malaysia.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Rakaman skrin video lagu "Negarakuku" yang diperolehi dari laman web YouTube.


"Dia kini sedar bahawa dia tidak sepatutnya menggunakan lagu Negaraku seperti dalam klip video itu dan tidak menyentuh isu-isu sensitif. Kerana itu dia kini telah meminta maaf secara terbuka.



"Saya berharap rakyat Malaysia dapat menerima permohonan maaf Wee dan tidak mengganggunya lagi supaya dia dapat menumpukan perhatiannya kepada pelajarannya," kata Dr Chua di pejabatnya di Kementerian Kesihatan di sini.

Sebelum itu beliau mengadakan pertemuan dengan bapa pemuda itu, Wee Ann Hee, di pejabatnya.

Pelajar tahun akhir Universiti Ming Chuan, Taiwan itu, kata Dr Chua, mendapat idea untuk menggunakan lagu kebangsaan untuk menyampaikan mesej mengenai pandangannya tentang Malaysia sempena sambutan 50 tahun merdeka.



Wee yang berasal dari Muar, Johor, menimbulkan kontroversi dan dikritik teruk apabila mengubah suai lagu Negaraku dengan menyanyikannya dalam rentak rap melalui klip video lebih lima minitnya yang dimuatkan di laman web YouTube.

"Wee naif untuk mengubah lagu Negaraku semata-mata untuk menarik peminat. Beliau tidak faham dan tidak sedar bahawa ini tidak sepatutnya dilakukannya dan tidak berniat memburukkan nama baik negara dan menghina Islam," kata Dr Chua, yang juga pengerusi MCA Johor.

Beliau berpendapat Wee yang mempunyai minat mendalam dalam bidang muzik hanya ingin menjadi cepat terkenal sehingga sanggup melakukan perkara yang menimbulkan kontroversi itu tanpa sedar.

Pakej Web Jualan

"Tetapi kini dia telah mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Kita perlu bersikap terbuka dan berhati mulia untuk menerimanya," katanya, sambil menambah bahawa beliau bersedia menjelaskan keseluruhan isu itu kepada Kabinet sekiranya diminta berbuat demikian.

Ditanya mengenai peranan MCA dalam isu ini, Dr Chua berkata sebagai parti yang memperjuangkan masyarakat Cina, MCA hanya ingin isu ini dilihat secara terbuka bagi mengelakkannya menjadi sesuatu yang boleh memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum.

Sepupu sepapat; "Negarakuku Kantoi!"










No comments: