Akhlak Rasulullah

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat pahala dan boleh mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan orang lain, manakala orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan jiwa dalam hidupnya.

Berakhlak dengan akhlak yang mulia kerana ia sebesar-besar kebajikan dan janganlah melakukan dosa kerana dosa itu ialah azab seksa yang dirasai baik di dunia mahupun di akhirat.







No comments: