Lis Mahu Lupa Episod Hitam

LENYAP sudah segala kontroversi yang pernah menerpa hidupnya sedikit masa lalu. Hari ini, Lis Dawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin sudah mampu mengikis semua episod hitam yang pernah bertandang dalam hidupnya.

Tiada dendam, tiada benci sebaliknya dia sudah mampu tersenyum menghitung nikmat dan rahmat yang Tuhan turunkan di sebalik peristiwa yang mengaibkan itu. Benar di sebalik kedukaan pasti ada rahmat yang tersembunyi. Mungkin dia tewas kerana kes pergaduhannya dengan aktres, Rita Rudaini sudah ditutup tetapi tunangan kepada aktor, Fauzi Nawawi itu percaya kemenangan akan tetap menjadi miliknya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dalam reda menerima apa yang ditakdirkan, pelakon berusia 28 tahun itu memanjat syukur kerana Tuhan tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Dia datangkan limpahan rezeki untuk Lis meneguk kembali kemanisan sebuah kehidupan selepas melalui episod yang melukakan.

“Alhamdulillah kerana saya masih disokong oleh mereka yang berada dalam industri. Saya tidak dipinggirkan meskipun ada yang sengaja membuat kecoh untuk menambahkan lagi luka di hati. Saya cuma menuntut hak saya yang menjadi mangsa. Tidak mengapa jika ada yang melihat saya tewas dalam ‘perlumbaan’ itu kerana dari segi moral, saya sudah menempah kemenangan.

“Saya tidak pernah berasa takut kerana saya sentiasa yakin berada di pihak yang benar,” kata aktres berkulit cerah yang kali terakhir menghiasi layar perak menerusi filem Syaitan.



Buku itu sudah lama mahu ditutupi, sedapat mungkin tidak ingin lagi diselak lembaran hitam yang pernah meremukkan hatinya. Biar ia tersimpan kemas menjadi sejarah dalam diari hatinya. Akui Lis yang ditemani Fauzi petang itu, kesan peristiwa itu dia belajar menjadi matang. Dan ketika ditemubual, dia masih mampu tersenyum biarpun seboleh mungkin tidak ingin lagi episod hitam itu kembali disentuh.

"Saya cuma mampu bertenang dan bersabar kerana percaya, jika di pihak benar biarpun terpaksa lama menanti kebenaran akan menyerlah juga,” katanya yang baru menyudahkan penggambaran Dewi Cinta di Johor selama tiga bulan bersama bakal suaminya itu.

Selesai penggambaran drama bersiri yang membangkitkan tanggapan dia menghilang daripada pentas lakonan, Lis melangkah pula ke lokasi drama terbaru, Kamus Hati. Drama arahan Along Kamaluddin itu bakal menguji keupayaan Lis kerana dia perlu bertutur bahasa Jepun sedangkan dia tidak mendalami bahasa itu.





Fauzi gembira Lis mula rajin ke dapur


MENGIKAT pertunangan dengan aktor bertubuh sasa itu sejak 28 Oktober tahun lalu, ikatan cinta mereka akan diakhiri dengan lafaz pernikahan pada musim Aidilfitri ini. Masih belum menetapkan tarikh pernikahan mereka, Lis yang ramah bercerita memaklumkan persiapan menjelang hari bahagia mereka perlahan-lahan cuba dilengkapkan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Anak kelahiran ibu kota itu bersyukur kerana bahtera pertunangan mereka dilayari dengan tenang, langsung tidak dilambung badai yang cuba menggugat keharmonian cinta mereka.

“Mungkin kerana jarang bertemu, malah kami saling memahami kerja masing-masing menyebabkan tidak banyak masalah timbul sepanjang kami bertunang. Seronoknya kami saling memahami dan sudah kenal hati budi masing-masing. Mungkin itu yang mengikat kami untuk terus setia melayari cinta ini biarpun ada yang berkata ikatan pertunangan adalah tempoh yang cukup menguji.

“Saya dan Fauzi belajar menerima kelebihan dan kekurangan seadanya. Kami akan cuba untuk saling melengkapi hidup ini,” kata Lis.

Meskipun dihantui kerapuhan rumah tangga yang dibina sesama artis, pasangan ini berjanji untuk bersikap matang dalam melayari istana cinta mereka. Lis mahupun Fauzi akur mereka tidak mampu mengubah diri sendiri sepenuhnya, namun tetap berharap dapat menjadi insan yang membahagiakan pasangan.



“Saya bersyukur kerana Fauzi sendiri semakin serius membina karier seninya. Malah, dari segi imej juga dia sudah bijak menjaga dan tahu apa yang terbaik apabila muncul di khalayak.

“Perubahan dirinya amat menyenangkan. Saya sendiri cuba membuat yang terbaik untuk mempertahankan cinta kami hingga ke jinjang pelamin. Tidak adil untuk saya meminta dia berubah 100 peratus sedangkan dalam hidup kita perlu bertolak ansur,” katanya.

Fauzi yang menggemari hidangan ringkas seperti ikan goreng dan sambal belacan turut berbangga kerana bakal isterinya sudah mula rajin ke dapur.

“Dia sendiri memahami tanggungjawab dan alhamdulillah, walaupun saya tidak memaksa tetapi dia cuba belajar untuk tidak menghampakan permintaan saya,” katanya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Lantaran itu, Lis cukup kecewa apabila ada pihak yang terus-terusan mencari salah mereka. Paling mengguris hati apabila sesetengah pihak cuba menuduh Fauzi hanya menumpang tuah Lis sedangkan hakikatnya lelaki itu juga sibuk dengan kariernya sendiri.

Mungkin aktiviti seni Fauzi tidak terlalu digembar-gemburkan media, justeru melahirkan tanggapan dia hanya duduk goyang kaki. Tuduhan itu sangat mengguris perasaan mereka berdua. Petang pertemuan itu, pasangan sehati sejiwa itu menyediakan bersama sajian enak Ketam Masak Lemak khusus untuk penonton setia program masakan, Citarasa Selebriti terbitan pelakon popular, Sheila Rusly.





Sepintas Lis Dawati dan Fauzi Nawawi

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket LIS yang berusia 28 tahun dan Fauzi, 33, mengikat pertunangan di kediaman keluarga pelakon wanita itu di Setapak, Kuala Lumpur pada 28 Oktober lalu.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket PERTUNANGAN itu dirancang dalam tempoh yang singkat selepas Lis ‘mencabar’ Fauzi untuk meminangnya selepas mereka menjayakan promosi produk, Rosegar bersama di Perak.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket PADA majlis itu, rombongan keluarga lelaki yang datang dari Pantai Remis, Perak, membawa bersama lima dulang hantaran termasuk cincin bernilai RM1,000, sepersalinan baju nikah, selendang dan kerongsang. Pihak perempuan pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket FAUZI mengakui terpikat dengan kelembutan, kesabaran, ketabahan dan kejujuran Lis yang membuat dirinya selesa untuk menjadikan bintang Miftahul Jamilah itu sebagai suri hidupnya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket BIARPUN sudah menjalin pertunangan, ia tidak menghentikan kata-kata sumbang yang cuba mencemar hubungan baik mereka berdua. Paling mencalar hati apabila ada yang menuduh Fauzi cuba menumpang tuah Lis. Hakikatnya, Fauzi sendiri sibuk dengan karier lakonan dan pengarahan cuma ia tidak banyak dipaparkan di media.



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket KONTROVERSI seakan tidak dapat lari daripada Lis. Beberapa hari selepas bertunang, bapa Lis, Nazaruddin Buyong berkecil hati apabila tidak dijemput pada majlis itu. Lantaran terlalu kecewa, bapanya pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan menjadi wali pada hari pernikahan Lis jika pelakon itu tidak meminta maaf.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket BAGAIMANAPUN, perselisihan faham antara dua beranak itu diselesaikan dengan baik. Lis menganggap perkara itu sebagai salah faham dan ujian Tuhan ketika dia sedang menikmati cahaya kebahagiaan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket LIS juga berharap pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memecahbelahkan keluarga mereka selepas ibu dan bapanya berpisah hampir tujuh tahun lagi tidak lagi mengulangi perbuatan mereka. Bagi Lis, hubungan dia serta adik beradiknya dengan bapa mereka tiada masalah walaupun jarang berhubung.



No comments: