MS07-017

MICROSOFT baru-baru ini melancarkan satu perlindungan perisian yang mampu membaik pulih kerosakan serius dalam sistem operasi Windows dan Vista seminggu sebelum ia sepatutnya melancarkan kemas kini bulanannya.

Syarikat perisian komputer terbesar dunia itu menyediakan perlindungan itu susulan serangan penggodam, kebanyakannya berpangkalan di China yang disasar untuk mengeksploitasi kelemahan Microsoft.

Kerosakan itu dikenal pasti dalam fail .ani Windows dan Vista yang mengubah penunjuk arah (cursor) kepada ikon gelas kaca ketika komputer sedang menjalankan program, menurut satu firma keselamatan komputer di Finland, E-Secure.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ketua Penyelidiknya, Mikko Hypponen, berkata syarikatnya mula menyedari kehadiran banyak aktiviti membabitkan fail .ani ketika hujung minggu.

“Kerosakan itu sangat mudah untuk dieksploitasi dan ia boleh dilancarkan melalui laman web atau e-mel dengan begitu mudah,” katanya.



Hypponen berkata, versi Vista Home yang dilancarkan Januari lalu dan dianggap sebagai perisian paling selamat pernah dihasilkan, menurut syarikat Microsoft yang berpangkalan di Washington.

Eksploitasi fail .ani membolehkan penggodam mencari jalan untuk menerobos ke dalam program seperti perisian ‘malware’ yang dapat mencuri nama pengguna dan kata kunci dengan mengesan jenis pengguna melalui papan kekunci komputer.

Microsoft menggesa pemilik komputer untuk memasang pelindung kecemasan, rekaan MS07-017, daripada laman web keselamatannya yang dikemaskini.

Perisian Windows mengendalikan kira-kira 95 peratus komputer persendirian di dunia.



No comments: