BN Menang!

ALOR GAJAH: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap selepas menewaskan DAP dengan majoriti 4,081 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu, semalam.

Calon BN, Lai Meng Chong, 56, memperoleh 5,533 undi, manakala Liou Chen Kuang, 33, yang kali kedua dipertaruhkan DAP untuk kerusi sama, hanya mendapat 1,452 undi.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
KEJAYAAN BERSAMA: Najib mengangkat tangan Lai (lima dari kiri bersama pemimpin parti komponen BN selepas diumum menang pilihan raya kecil DUN Machap, malam tadi.



Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Hasim Ismail di pusat penjumlahan undi di Kompleks Jabatan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Machap, Bukit Bulat di sini, pada jam 8.20 malam tadi.

Sebaik keputusan itu diumumkan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam wawancara khas yang disiarkan melalui RTM 1 secara langsung dari Seri Perdana, Putrajaya, berkata kemenangan itu membuktikan keyakinan kukuh rakyat terhadap BN.

Abdullah berkata, kejayaan mengekalkan kerusi itu menunjukkan rakyat inginkan wakil rakyat yang mampu membangunkan Melaka, terutama di Machap.



Pilihan raya kecil DUN Machap diadakan berikutan kematian Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan Negeri, Datuk Wira Poh Ah Tiam pada 15 Mac lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2004, Poh memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,562 undi.

Pada pilihan kecil semalam, BN mengekalkan penguasaan di semua lapan peti undi, iaitu Tebong, Air Pasir, Machap Baru, Machap Umboo, Kemuning, Melaka Pindah, Solok Menggong dan Hutan Percha.

Peti undi paling banyak dimenangi BN ialah di Tebong sebanyak 1,037 undi, diikuti Machap Baru sejumlah 916.

Sejurus keputusan diumumkan, penyokong BN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersorak meraikan kemenangan BN.




No comments: