Kontroversi Dukun

BELUM lagi menemui khalayak, filem Dukun terbitan Astro Shaw sudah mula dihimpit kontroversi. Khabar yang sampai di meja Hip baru-baru ini menyatakan filem yang menampilkan Umie Aida sebagai pelakon utama ini berkemungkinan besar tidak akan ditayangkan kepada umum.

Malah, lebih panas lagi, keputusan untuk ‘memeram’ filem itu ada kena-mengena dengan surat bantahan yang dikeluarkan pihak keluarga Allahyarham Mona Fandey yang mendakwa filem itu ada kaitan dengan kes pembunuhan paling menggemparkan di Malaysia pada 1993, membabitkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang, Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang akhirnya mengheret dukun dan bekas penyanyi rakaman itu ke tali gantung pada 2001.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Apakah sebenarnya yang berlaku kepada filem arahan Dain Iskandar Said itu? Jika benar ia tidak mungkin ditayangkan atas alasan yang diberikan, nyata ia merugikan masa, wang dan tenaga banyak pihak yang terbabit dalam pembikinan filem itu.

Sehingga kini, sudah beberapa kali pihak Astro Shaw menunda tarikh tayangannya selepas bulan Mac dipilih dan apa yang boleh dikatakan hanya poster saja yang gah terpampang di pawagam.

Pengarah Eksekutif Astro Shaw Tengku Datuk Anuar Mussaddad ketika mengulas perkara itu berkata buat masa ini pihaknya masih belum dapat memutuskan status filem yang sudah selesai menjalani penggambaran sejak Julai tahun lalu sama ada ditayangkan kepada umum atau pun diperam.



“Buat masa ini pihak kami masih dalam peringkat membuat penilaian semula terhadap keseluruhan isi kandung filem itu. Ini bagi memastikan mesej dan cara penceritaannya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

“Penilaian yang dibuat secara komprehensif ini juga semata-mata untuk mengelakkan penonton atau audiens membuat persepsi yang salah dan terpesong dari maksud sebenar filem itu dihasilkan,” kata Anuar ketika ditemui Hip, baru-baru ini.

Tanpa menyatakan siapakah panel yang bakal terbabit dalam penilaian filem itu, Tengku Anuar berkata pihaknya juga tidak dapat memberikan jangka masa sebenar bila penilaian itu akan dibuat serta tarikh tayangan.

“Kami memandang serius dengan isu yang digembar-gemburkan iaitu filem ini kononnya diadaptasikan dari kisah benar pembunuhan kejam seorang ahli politik. Namun ingin saya perbetulkan di sini bahawa filem Dukun bukan berdasarkan kepada kisah hidup mana-mana pihak.

“Filem ini sebenarnya lebih kepada bagaimana seorang peguam menyelesaikan sebuah kes pembunuhan serta perjalanan sebuah perbicaraan. Itu saja.



“Pihak kami tidak berhasrat untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi lebih kepada menunjukkan bagaimana Malaysia mengamalkan undang-undang yang telus di mana setiap perbuatan jahat pasti menerima hukuman yang setimpal,” tegasnya mengulas filem yang skripnya ditulis Huzir Sulaiman ini.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ditanya apakah benar pihaknya ada menerima surat bantahan dari pihak keluarga Allahyarham yang meminta mereka menarik balik tayangan filem berkenaan, Anuar menafikan dakwaan itu.

“Setakat ini apa yang boleh saya katakan pihak kami tidak ada menerima sebarang surat bantahan secara rasmi ataupun tidak daripada keluarga Allahyarham.

“Seperti yang saya tegaskan, penilaian yang ingin kami lakukan ini adalah untuk melihat apakah benar adanya persamaan antara filem ini dengan apa yang berlaku kepada keluarga Allahyarham. Itu yang perlu kami lakukan dulu sebelum ia berlanjutan ke perkara lain,” jelasnya sambil meminta perkara ini tidak diperbesarkan kerana filem Dukun menawarkan lebih dari sebuah hiburan kepada penonton.

Apapun seandainya benar filem ini diharamkan dari ditayangkan kepada khalayak tentunya keputusan itu dianggap sebagai satu kerugian kepada dunia perfileman serta warga kerja filem itu sendiri yang begitu bersungguh-sungguh sewaktu menghasilkannya.



Info Dukun

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Filem yang menelan belanja RM2 juta ini memaparkan kisah dukun wanita bernama Diana Dahlan yang menggunakan ilmu hitam dalam mengamalkan perubatan tradisional.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Selain Umie Aida, filem ini turut menampilkan Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Avaa Vanja dan Bront Palarae sebagai pelakon.



No comments: