Roslan Aziz Pengetua AF5

Teka-teki siapakah yang bakal menduduki kerusi Pengetua Akademi Fantasia musim kelima (AF5) akhirnya terjawab apabila penerbit album dan komposer terkenal Roslan Aziz dilantik memegang jawatan "panas" itu.

Pengumuman yang dibuat pada satu sidang akhbar yang berlangsung semalam di Hotel JW Marriott Kuala Lumpur itu turut menyaksikan Roslan bertindak sebagai Pengarah Muzik bagi AF5 yang bakal memulakan siaran pengenalannya pada 10 dan 11 Mac ini menerusi Tirai Akademi Fantasia.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Barisan tenaga pengajar AF5 yang akan membimbing peserta-peserta. Aznil masih bertindak sebagai pengacara.



Menurut Pengurus Saluran Astro Ria Khairul Mizan Shagull, pemilihan Roslan sebagai Pengetua untuk AF musim baru ini dibuat berdasarkan pengalaman dan kredibiliti beliau di dalam arena industri muzik.

"Keputusan untuk pemilihan tenaga pengajar dan pengetua dibuat berdasarkan apa yang kami mahukan. Kami rasakan mereka ini mampu memberi kelainan kepada AF5 ini nanti," ujar Khairul.

Selain Roslan, barisan tenaga pengajar lain yang turut dilantik bagi membimbing pelajar-pelajar AF5 ini ialah komposer Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan), Syafizawati Sharif (Guru Vokal Teknikal), Linda Jasmine (Guru Koreografi), Fatimah Abu Bakar (Guru Persembahan Pentas) dan Dr Azahari Othman (Perunding Motivasi).

Turut diperkenalkan ialah dua jawatan baru iaitu Perunding Fesyen, dipegang oleh Jasmi Rejab yang akan menitikberatkan tentang imej, penampilan dan fesyen pelajar serta Guru Bahasa Inggeris, yang dijawat oleh Khairul Najmi, untuk membimbing pelajar berkomunikasi dengan baik di dalam bahasa tersebut.

Menurut Roslan, dia sama sekali tidak menyangka Astro akan menawarkan jawatan Pengetua itu kepadanya memandangkan pada awalnya, dia hanya ditawarkan untuk menjadi Pengarah Muzik untuk AF5.


"Kelmarin baru mereka hubungi saya dan tawarkan jawatan Pengetua selain turut menjadi Pengarah Muzik bagi program ini. Saya terima kerana saya rasakan kedua-dua jawatan ini memang berkait rapat.

"Saya tidak kisah jika ada yang merasakan saya adalah pilihan kedua, kelima atau keenam sekalipun. Saya terima tawaran mereka bukan kerana duit, tetapi hasrat saya ingin menghasilkan lebih ramai bakat-bakat muda yang bagus," ujar Roslan.

Berjanji untuk memberi bimbingan yang efektif kepada pelajar-pelajar tersebut dalam masa tiga bulan akan datang, Roslan berkata, dia akan menggunakan semua pengalaman yang dikutipnya sepanjang berada di dalam industri ini bagi memastikan bakat baru yang lahir dari program ini nanti adalah yang berkualiti dan menjadikan AF5 adalah yang terbaik.

Ditanya sama ada penglibatan Roslan di dalam AF5 akan dipertikaikan ekoran sebelum ini dia pernah mengeluarkan kenyataan berbaur kutukan terhadap program itu ketika masih menjadi salah seorang juri untuk sebuah lagi program realiti, Malaysian Idol tidak lama dulu, Roslan berkata, sebagai seorang profesional, apa saja tanggungjawab yang diberikan dia akan menggalasnya sebaik mungkin.

"Apa yang penting sebenarnya, kita perlu lakukan apa saya kerja dengan baik. Sewaktu di Malaysian Idol, saya sudah berikan yang terbaik. Sekarang saya kena mulakan sesuatu yang baru pula.



"Anda perlu faham, saya tidak bekerja dengan mana-mana stesen televisyen. Saya adalah independent yang ingin mengembangkan bakat generasi muda kita," katanya.

Mengulas lanjut tentang peranannya sebagai pengetua, Roslan menjelaskan tiada sebarang pembaharuan 'besar-besaran' yang akan dilakukannya untuk musim ini.

Apa yang penting, katanya, dia akan memastikan setiap pelajar sentiasa berdisiplin dan mengikut segala bimbingan yang diberikan olehnya dan tenaga pengajar lain.

"Secara terus-terang saya akui saya tidak pernah menonton AF. Pihak Astro berikan saya CD AF dari musim pertama hingga empat dan selepas saya tonton kesemuanya, saya rasa tidak ada benda yang saya ingin ubah, saya akan terus sambung apa yang pernah dibuat.

"Cuma kali ini kalau boleh saya tidak mahu tengok peserta yang menangis teruk sewaktu penyingkiran. Saya tidak mahu mereka ada attitude seperti ini.

"Saya sedar, mereka mungkin emosi sedikit sebab tinggal sebumbung dan sudah mula rapat. Tetapi, harus diingat ini adalah pertandingan," tegas Roslan.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Menurutnya lagi, dengan mandat yang diberikan oleh Astro, dia akan memastikan segala persembahan pelajar-pelajar nanti berjalan lancar dan juga akan memantau sesi rehearsal mereka.

"Saya terlebih dahulu yang akan mengkritik mereka nanti sebelum mereka buat persembahan mingguan. Saya senang saja, siapa salah dia kena, siapa malas saya halau!

"Mereka ni kalau kita tidak tengking sekarang, tidak ada maknanya nak tengking kemudian," luah Roslan.

Namun, ujarnya, dia amat kagum dengan 16 peserta AF5 yang dirasakannya mempunyai bakat yang bagus.

"Saya sudah jumpa mereka semua. Saya amat terkejut bila melihat bakat mereka. Kesemuanya amat bagus," tambah Roslan.



Bab Pengenalan Akademi Fantasia Musim Ke-5 (AF5)


Bermula Ahad ini (11-03-07), 16 orang pelajar bertuah yang telah dipilih daripada hampir 6,000 peserta yang hadir pada sesi ujibakat di lima lokasi seluruh negara bermula awal Januari lalu akan mula ditempatkan di Akademi di Shah Alam.

Jika sebelum ini, 12 pelajar dipilih, tetapi untuk musim terbaru AF bilangannya ditambah kepada 16 orang kesemuanya.

Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at Photobucket


Mengulas hal ini, Penerbit Eksekutif AF5 Bob Azrai berkata, bilangan pelajar ditambah sebagai salah satu elemen kelainan untuk AF musim baru ini, selain melihat kepada bakat peserta-peserta yang hadir pada sesi ujibakat yang lalu.

"Ramai yang datang pada ujibakat memang benar-benar bagus. Lagipun kali ini kita tidak akan adakan konsert prelude untuk memilih finalis," ujarnya yang turut menjanjikan lebih banyak 'drama' dan kejutan di dalam AF5 ini.

Dalam pada itu, jika musim-musim terdahulu kesemua pelajar telah diperkenalkan kepada pihak media pada satu sidang akhbar, kali ini 16 pelajar yang terpilih tidak 'dibenarkan' berjumpa dengan pihak media disebabkan hal-hal tertentu.

"Kami ingin kurangkan exposure pelajar ini dengan media sebelum masuk AF. Kami tidak mahu mereka mendapat pendedahan jadi 'bintang' sebelum masanya.

"Melalui kajian dan respon yang kami terima, ada pelajar yang sudah kenal wajah wartawan bila berada di atas pentas akan beri signal kepada wartawan tu yang dia mungkin tidak suka dengan lagu yang akan dinyanyikan.

"Kita mahu mereka belajar banyak perkara terlebih dahulu selama 10 minggu ini," kata Khairul Mizan pula.



Keseluruhan hadiah yang ditawarkan kepada pemenang berjumlah hampir RM500,000 berupa wang tunai, kereta dan pakej pelancongan.

Seperti bintang-bintang AF lain, mereka juga akan ditawarkan kontrak sebagai artis di bawah pengurusan Maestro Talent.

16 pelajar tersebut ialah Candra Clement (Candy; Sabah), Aryanna Najwa Ahmad (Dekna; Pulau Pinang), Adyana Khalid (Diya; Kuala Lumpur), Nurul Fatin Yahya (Fatin; Johor), Nur Heliza Helmi (Heliza; Kuala Terengganu), Norsyarmilla Jirin (Mila; Pulau Pinang), Nonny Nadirah Zainuddin (Noni; Sabah) dan Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hanizan (Zana; Kuala Lumpur).

Pelajar lain adalah Mohd Shafiq Mohd Ramadzan (Afiq; Putrajaya), Muhammad Aizat Amdan (Aizat; Kuala Lumpur), Muhammad Nur Aswad Jafar (Aswad; Pulau Pinang), Gadaffi Ismail Sabri (Dafi; Selangor), Ebi Kornelis @ Firdaus Yamal (Ebi; Sabah), Mohd Farha Jasmen (Farha; Sabah), Hasfarizal Ayub (Rizal; Sarawak) dan Mohd Shawal Ruslan (Shawal; Kuala Lumpur).

Menurut Khairul, konsert mingguan yang akan bermula 17 Mac secara langsung dari Dewan Sivik MBPJ nanti akan diberi tema tersendiri seperti minggu lagu-lagu popular antarabangsa dan lagu-lagu daripada filem popular.



Setiap persembahan mereka akan dikritik oleh tiga orang juri tetap yang akan diumumkan kelak.

Imbasan AF juga tidak akan keudara lagi. Sebaliknya, Diari AF akan disiarkan dari Ahad hingga Jumaat pada jam 9 malam dan seperti biasa, konsert mingguan akan dipentaskan setiap Sabtu.

Selain itu, kali ini turut diperkenalkan Debat Akademi Fantasia, sebuah program berbentuk wacana atau diskusi yang akan memberi tumpuan kepada topik-topik hangat berkaitan AF.

Ia akan disiarkan secara langsung dari Dewan Sivik MBPJ pada setiap hari Khamis jam 10 malam.

Program ini akan menjadi platform untuk membincangkan isu-isu sampingan yang timbul seperti yang diperbualkan oleh pengirim-pengirim SMS di saluran@15.

Mengenai undian SMS pula, Astro juga membenarkan undian secara pukal atau serentak. Melalui AFUNDI SAKAN, pengundi dibenarkan mengundi tiga hingga lima undian bagi setiap SMS yang dikirimkan.

AF MASUK juga tidak akan diadakan lagi, melainkan AFUNDI sahaja.




Sumber : mSTAR Online



Kata Izalsyah; "Demam dan drama bakal bermula! Sediakan topup sebanyak mungkin! Itu pesanan untuk KORANG la kan. Aku cool jerk." Ahaks!



No comments: