Nikki: Saya 'OK' Dengan Elyana
Di awal pembabitannya sebagai anak seni, Nikki pernah dikatakan berlagak 'diva'. Setelah isu itu reda, kecoh pula kontroversi antara dia dan Elyana yang dikatakan berselisih faham semasa pertandingan separuh akhir Anugerah Juara Lagu baru-baru ini.
Gosip dan kontroversi seperti itu bagi Nikki tidak dinafikan memang sedikit-sebanyak berjaya 'menaikkan' namanya, tetapi jauh di sudut hatinya Nikki agak kesal dengan tuduhan yang dilemparkan di saat dirinya sedang mengukir nama di persada ini.
Cuma dia bernasib baik kerana sentiasa mendapat sokongan daripada sifu, Ning Baizura dan pengurusnya Vernon yang banyak membantu Nikki mengharungi onak ranjau di dalam industri ini.
"Saya rasa terkilan juga kerana baru tiga tahun bergelar artis, saya terpaksa lalui kontroversi seperti ini. Memang saya akui, kontroversi dan gosip adalah lumrah dalam industri ini dan memang kita tidak boleh lari.
"Mungkin saya lebih terkenal sekarang berbanding dulu, tetapi buat apa dikenali kerana kontroversi?," ujar Nikki yang ditemui ketika hadir di Menara Star baru-baru ini.
Menjelaskan lagi isu kontroversi 'perbalahan' antaranya dan Elyana, penyanyi yang berasal dari Sabah ini akui sudah malas memikirkan mengenai perkara itu kerana menurut Nikki, tiada apa yang perlu diperjelaskan antara dia dan Elyana.
"Memang ramai yang bercerita mengenai hal ini di laman forum di Internet. Bila saya terbaca benda tu, memang saya akui akan rasa tertekan untuk seketika. Tetapi, saya suka positifkan diri dan saya rasa sudah cukup bersedia dari segi mental dan fizikal.
"Bila rasa down, saya akan cuba bandingkan masalah yang saya hadapi ini dengan masalah Kak Ning yang lebih besar pernah dia alami sebelum ini. Jika dia boleh tanganinya dengan baik, pasti saya juga mampu lakukan," kata Nikki.
Jelasnya lagi, hubungannya dan Elyana tidak pernah terjejas ekoran isu tersebut. Walaupun tidak pernah bersua muka mahupun menghubungi antara satu sama lain selepas tercetusnya perkara itu, Nikki yakin hubungan mereka tetap baik.
"Saya sendiri tahu isu ni timbul kerana ada pihak yang cuba melaga-lagakan kami. Saya dengan dia tetap ok dan saya tidak rasa bila berjumpa dengannya selepas ini hubungan kami akan jadi kekok pula.
"Sebelum timbulnya isu ini lagi, kami memang tidak pernah hubungi satu sama lain, hanya berjumpa di mana-mana show saja. Bila berkesempatan jumpa di show, memang kami akan banyak bercerita tentang muzik," tambah Nikki.
Album sulungnya, Maharani telah pun dipasarkan sejak November 2005 oleh NAR Records. Setahun berada di pasaran, album tersebut diedarkan semula atau 're-issue' oleh Sony BMG pada November tahun lepas.
Menafikan edaran semula album tersebut dibuat kerana jualan album yang teruk, Nikki berkata langkah itu sebenarnya diambil untuk meluaskan lagi pasaran bagi album Maharani itu.
"Kak Ning dan Vernon selalu berpesan supaya jangan fikir untuk menyanyi di sini saja, tetapi kena fikirkan juga bagaimana untuk meluaskan lagi karier saya ke peringkat antarabangsa. Jadi, bila album ini di 're-issue', saya rasa ini satu langkah yang baik untuk ke arah itu.
"Tidak ada kena-mengena dengan isu penjualan album lembab atau tidak, proses ini hanya melibatkan pertukaran pengedar. Ketika mula dipasarkan dulu, album ini mendapat sambutan yang baik. Jadi saya harap bila diedarkan semula, ia akan mendapat respon yang lebih baik," ujar Nikki.
Album ini diedarkan semula dengan konsep kulit album dan susunan lagu yang baru, berserta dua buah klip video. Jika sebelum ini sebanyak 25 buah lagu dimuatkan, kini ia tampil dengan 21 buah lagu termasuk lagu bonus 'Drama' nyanyian Nikki bersama Ning dan Yanie.
"Saya lebih suka edisi ini sebab kulit album dia lebih cantik, hasil rekaan Isma Yusoof. Ia lebih bertepatan dengan genre muzik yang saya bawakan. Dari segi lagu, tiada apa yang berubah, cuma kita masukkan lagu 'Drama' sebagai lagu bonus," ujarnya.
Bagi Nikki, dia tidak merasakan pengedaran semula album ini seperti membuang masa, sedangkan dia sudah boleh mula mengumpulkan material untuk album seterusnya ketika ini.
"Buat apa terburu-buru hasilkan album baru, sedangkan masih banyak lagu-lagu yang bagus di dalam Maharani. Buat masa ini, kami sedang cuba untuk keluarkan lebih banyak single daripada album ini," kata Nikki yang kini popular dengan single terbarunya Imaginasi yang sedang hangat diputarkan di stesen-stesen radio.

Nikki akui gosip dan kontroversi telah mematangkannya walaupun baru tiga tahun bertapak sebagai anak seni

Maharani 're-issue' bukan kerana jualan album teruk

Sumber : mSTAR Online
No comments:
Post a Comment