Kes 10 tahun Dibongkar
KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap dakwaan rasuah dan salah guna kuasa Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Zulkipli Mat Noor, kini tertumpu kepada aspek mengimbangi kenyataan bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Abdul Manan dan pemilikan harta Zulkipli dalam tempoh 10 tahun.
“Bukan mudah untuk menelusi fakta-fakta kes yang ‘backdated’. Lagipun pasukan khas kami dianggotai tiga pegawai, jadi mereka memerlukan masa dalam memastikan tiada fakta tercicir,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Mohamad Ramli yang bersara wajib pada 8 Disember lalu, membuat aduan polis pada Julai lalu mendakwa Zulkipli adalah ‘seorang pegawai kanan polis rasuah dengan memiliki harta dan aset diperoleh menerusi amalan rasuah.’
Dakwaan itu termasuk Zulkipli memiliki harta yang tidak sepadan dengan pendapatannya di mana beliau kononnya memiliki beberapa kepentingan dalam pelbagai perniagaan dan hartanah termasuk enam rumah di Pagoh, Johor dan menyalahgunakan kenderaan kerajaan.
Kelmarin, Mohamad Ramli mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Sivil di sini terhadap Ketua Pengarah BPR dan lima lagi, kerana didakwa memfitnah serta menahan pembayaran pencen dan faedah persaraan beliau sejak tahun lalu.
Terdahulu, selepas merasmikan majlis penyerahan bendera kepada kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Temasya Sukan Polis dan Bomba Sedunia, di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, Musa memberi jaminan pihaknya akan memaklumkan kepada media berhubung perkembangan siasatan kes Zulkipli.
“Saya harap media tidak terlalu kerap melaporkan kes ini kerana ia memperlihatkan seolah-olah Zulkipli bersalah sebelum dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
Sementara itu, PDRM menghantar 100 atlit, pegawai dan jurulatih ke temasya sukan itu di Adelaide, Australia pada 14 hingga 25 Mac ini. Pada temasya sukan itu dua tahun lalu di Kanada, PDRM memenangi 49 pingat iaitu 23 emas, sembilan perak dan 17 gangsa.
Acara dipertandingkan termasuk memanah, tarik tali, bina badan, badminton, golf, olahraga, boling, boling padang, dart dan karate.
TIADA KOMEN: Zulkipli mengangkat tangan menandakan tidak mahu
memberi sebarang ulasan kepada pemberita slepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Asas Penyiasat BPR Siri 3/2006
di Pusat Latihan Polis Air Hitam, Negeri Sembilan, semalam
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata siasatan itu memerlukan sedikit masa kerana polis terpaksa membongkar kes yang pernah dilaporkan 10 tahun dulu.memberi sebarang ulasan kepada pemberita slepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Asas Penyiasat BPR Siri 3/2006
di Pusat Latihan Polis Air Hitam, Negeri Sembilan, semalam
“Bukan mudah untuk menelusi fakta-fakta kes yang ‘backdated’. Lagipun pasukan khas kami dianggotai tiga pegawai, jadi mereka memerlukan masa dalam memastikan tiada fakta tercicir,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Mohamad Ramli yang bersara wajib pada 8 Disember lalu, membuat aduan polis pada Julai lalu mendakwa Zulkipli adalah ‘seorang pegawai kanan polis rasuah dengan memiliki harta dan aset diperoleh menerusi amalan rasuah.’
Dakwaan itu termasuk Zulkipli memiliki harta yang tidak sepadan dengan pendapatannya di mana beliau kononnya memiliki beberapa kepentingan dalam pelbagai perniagaan dan hartanah termasuk enam rumah di Pagoh, Johor dan menyalahgunakan kenderaan kerajaan.
Kelmarin, Mohamad Ramli mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Sivil di sini terhadap Ketua Pengarah BPR dan lima lagi, kerana didakwa memfitnah serta menahan pembayaran pencen dan faedah persaraan beliau sejak tahun lalu.
Terdahulu, selepas merasmikan majlis penyerahan bendera kepada kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Temasya Sukan Polis dan Bomba Sedunia, di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, Musa memberi jaminan pihaknya akan memaklumkan kepada media berhubung perkembangan siasatan kes Zulkipli.
“Saya harap media tidak terlalu kerap melaporkan kes ini kerana ia memperlihatkan seolah-olah Zulkipli bersalah sebelum dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
Sementara itu, PDRM menghantar 100 atlit, pegawai dan jurulatih ke temasya sukan itu di Adelaide, Australia pada 14 hingga 25 Mac ini. Pada temasya sukan itu dua tahun lalu di Kanada, PDRM memenangi 49 pingat iaitu 23 emas, sembilan perak dan 17 gangsa.
Acara dipertandingkan termasuk memanah, tarik tali, bina badan, badminton, golf, olahraga, boling, boling padang, dart dan karate.
Sumber : Berita Harian Edisi 09-03-07
Kata Izalsyah; "Susahlah kalau nak suruh anak jangan hisap dadah, tapi abahnya yang jadi pengedar pulak"

No comments:
Post a Comment