PC Skrin Sesentuh
HEWLETT Packard (M) Sdn Bhd (HP) menghasilkan inovasi komputer peribadi (PC) apabila memperkenalkan PC skrin sesentuh, HP TouchSmart PC berasaskan sistem operasi terbaru, Microsoft Corp, Windows Vista, HP Pavillion dan Compaq Presario.
Siri produk terbaru berkenaan khusus bagi pasaran pengguna, terutama keluarga yang memiliki tahap celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Pengurus Besar Negara Kumpulan Sistem Peribadi HP, Danny Lee, berkata siri produk berkenaan terbaru itu bersedia menjadi hab keluarga yang mana semua anggota keluarga berhimpun serta berkongsi dunia pengkomputeran digital mereka.
Katanya, dengan penemuan PC baru itu, HP mengambil satu langkah penting ke arah mencapai wawasannya menyediakan pengkomputeran di rumah yang dirangkaikan secara digital.
“HP adalah satu-satunya syarikat memiliki khazanah digital dan capaian global dalam penyediaan PC, HP melalui produknya akan membantu menghubungkan manusia dengan corak serta gaya hidup di semua peringkat kehidupan mereka,” katanya selepas pelancaran PC terbaru berkenaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bagi HP TouchSmart PC, ia menawarkan pengalaman menarik terutama kepada keluarga yang memerlukan peranti komunikasi.
Ia bertindak sebagai hab komunikasi di rumah, dengan menyediakan capaian mudah memanfaatkan butang sentuhan untuk mendapatkan maklumat mengenai jadual keluarga, televisyen, muzik, filem dan foto.
Inovasi yang dihasilkan HP itu membolehkan proses interaktif antara pengguna memanfaatkan sistem oeprasi Vista menerusi aplikasi Pusat Pintar HP merangkumi kalendar keluarga dan pengurusan foto digital.
Lee berkata, dengan pelancaran HP TouchSmart PC ia menggambarkan revolusi dalam reka bentuk dan teknologi.
Katanya, ia adalah evolusi dalam PC yang selaras dengan wawasan HP untuk memperkenalkan penyelesaian rumah digital.
HP juga melancarkan HP Pavillion yang dipertingkatkan reka bentuknya supaya menampakkan ciri canggih dan ranggi.
Pasukan reka bentuk HP menghasilkan komputer yang memiliki elemen fesyen dan selaras dengan perkembangan barangan pengguna elektronik. Produk baru berkenaan diperkenalkan termasuk PC HP TouchSmart akan berada di pasaran Mei ini. PC destop rumah HP Pavillion Slimline siri s3000 berharga RM2,388 (berada di pasaran Mei ini, PC HP Pusat Media Pavilion siri 8000 dengan skrin luas LCD HP 19 inci W1907 bernilai RM5,488.

Tanya Izalsyah; "Kalau beli skrin ni, awek sebelah tu dapat percuma ke?" Ahaks!

No comments:
Post a Comment