Top-Up Untuk Gambar Bogel

Maruah RM30 

 photo top-up-gambar-bogel_zpsa4fcu7sp.jpg
Muka depan Harian Metro Edisi 13-06-2016

 Alor Setar - Mudahnya seorang gadis berusia 23 tahun mendapat top-up hingga RM100 sehari dengan hanya menjual maruah diri melalui gambar bogelnya kepada lelaki yang berminat. 

Perbuatan jijik gadis berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Dian itu membolehkannya 'bersuka ria' dengan top-up sebanyak itu setiap hari. 

Dia dengan selamba saja menawarkan secara terang-terangan perniagaan tidak bermaruahnya itu di laman sosial hanya semata-mata mahu top-up percuma. 

Walaupun dia mengakui naluri cintanya bukan untuk lelaki kerana lebih menyukai pasangan sejenis, namun demi mendapatkan wang dan kredit panggilan telefon prabayar, dia sanggup menawarkan ratusan gambar bogel miliknya bergantung kepada jumlah tambah nilai atau top-up diberikan lelaki hidung belang. 

Malah tanpa segan silu gadis terbabit sanggup mempromosi dirinya di satu laman sosial untuk menagih top-up daripada lelaki yang ingin melihat gambar bogelnya. 

Kebiasaannya dia hanya menerima kredit bermula RM30, RM50, RM100 dan ke atas dan setiap tambah nilai itu pelanggannya akan menerima jumlah gambar bergantung kepada wang yang diberikan mereka. 

Modus operandi gadis terbabit mudah, mereka yang melayari laman sosial Internet jika bersetuju boleh memiliki gambar bogel berkenaan dalam pelbagai aksi selepas pindahan kredit dilakukan. 

Difahamkan gadis terbabit mampu meraih lebih RM100 dalam satu malam tambahan ramai lelaki yang tertarik dengan promosi yang ditawarkan di laman sosial itu menyebabkan mereka memberikan top-up kepadanya. 

Bagaimanapun gadis terbabit enggan menawarkan khidmat seks kerana hanya melakukannya dengan pasangan lesbian. 

Wartawan Harian Metro yang menerima maklumat mengenai kegiatan terbabit menyamar dan menghubungi gadis terbabit bagi mendapatkan kepastian mengenai kegiatan tidak bermoral itu.

 photo top-up-gambar-bogel-dian-alor-setar-s_zpsnek05sp7.jpg
Klik pada gambar untuk imej lebih jelas.


Wartawan : Hai apa khabar...boleh berkenalan? 

Dian : I x (tidak) layan lelaki...sbab i less (lesbian)...tp i perlukan top-up...tukar dengan pic (gambar) bogel i...kalau nak top up...kalau xnak...bye. 

Wartawan : Ok berapa top-up yang awak nak. Betul ke gambar awak atau orang lain? 

Dian : Saya punyalah. Berapa u nak bagi RM100, RM50 atau RM30

Wartawan : Kalau saya bagi ikut harga tu berapa banyak gambar dapat? 

Dian : RM100 dapat 50 pic, RM50 dapat 25 pic dan RM30 dapat 15 pic. Bila nak top-up sekarang ke? 

Wartawan : Nanti saya bagi. Sekarang tengah kerja. 

Dian : Bila nak bagi bukan apa senang nak ambil gambar siap-siap. 

Wartawan : Nanti saya bagi. 

Dalam perbualan itu juga, Dian yang tinggal si sebuah perkampungan di utara negeri ini turut mendakwa sudah tiada dara kerana pernah terlanjur dengan teman lelakinya ketika masih bersekolah. 

Dia mendakwa selepas berpisah dengan teman lelakinya itu, dia beralih arah dan mula mencintai wanita. 

Wartawan yang cuba mengajaknya berjumpa bagaimanapun gagal selepas dia memberi alasan tidak ingin menjalinkan hubungan  dengan lelaki sebaliknya hanya menawarkan gambar bogel kepada mereka. 

Tinjuan di laman sosial terbabit mendapati ratusan komen daripada pelbagai pihak selepas dia memuat turun gambar separuh bogelnya dengan alasan sebagai promosi 


Sumber : Harian Metro Edisi 13-06-2015 bersamaan 26 Syaaban 1436H

No comments: