Bayi Dikerat 15

Johor Bahru 

Kekejaman suspek yang kini menjadi buruan polis itu terbongkar selepas 15 cebisan mayat mangsa ditemui kontraktor yang membersihkan loji kumbahan sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kempas Permai di sini, kira-kira 10.30 pagi kelmarin.

 photo Bayi DiKerat 15_zpso2f2yfvf.jpg
Muka depan Harian Metro Edisi 19-05-2015

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima aduan kira-kira jam 1.30 petang selepas penyelia syarikat kontraktor berkenaan pasti potongan daging ditemui pekerjanya adalah anggota badan manusia selepas ia dibersihkan.

 photo Mohd Khamsani Ketua Polis Daerah Johor Bahru_zpsmjd3puwf.jpg

"Ketika kontraktor hendak mengambil sampah di bahagian perangkap sampah, mereka menjumpai beberapa bahagian anggota badan manusia yang terperangkap."

"Apabila dikumpulkan, terdapat 15 bahagian dan selepas dibasuh, jelas ia adalah mayat bayi," katanya di sini semlam.

 photo Bayi Kerat 15 PPR Kempas Permai2_zpsohvonszk.jpg

Menurutnya, loji kumbahan berpusat itu menerima kumbahan daripada 4 blok PPR 17 tingkat berkenaan yang menempatkan 1,288 unit kediaman dengan anggaran penduduk kira-kira 6,000 orang. 

Mohd Khamsani berkata, setakat ini anggota badan yang ditemui ialah kaki dan tangan yang dipotong 15 kerat, namun kepala, perut, dada, alat sulit serta organ dalaman masih belum dijumpai.

 photo Bayi Kerat 15 PPR Kempas Permai_zps2tnpstfm.jpg  

Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan Hospital Sultanah Aminah (HSA) mendapati bayi berkenaan sudah meninggal dunia dalam masa 48 jam sebelum ditemui di dalam loji kumbahan itu. 

"Bedah siasat mendapati bayi itu dilahirkan ketika kandungan berusia 7 bulan dan cukup sifat tetapi dipercayai sudah meninggal dunia sebelum dikerat suspek. Sama ada bayi itu dilahirkan secara normal atau digugurkan ia masih dalam siasatan," katanya. 

Menurutnya, siasatan polis untuk menjejak individu yang bertanggungjawab terhadap jenayah kejam ini mencakupi pelbagai sudut dengan tumpuan awal diberikan kepada kemungkinan suspek tinggal di sekitar lokasi kejadian. 

"Polis bukan saja akan mengumpul maklumat mengenai wanita yang baru melahirkan anak, tetapi akan pergi ke klinik atau hospital bagi mendapatkan maklumat wanita yang mahu bersalin atau mempunyai masalah sakit perut untuk melahirkan anak." 

"Kami juga memeriksa keseluruhan 4 blok di flat berkenaan bagi mencari penduduk yang mempunyai masalah tandas tersumbat, supaya pemerikasaan lanjut boleh dibuat, memandangkan masih ada anggota badan bayi yang belum ditemui," katanya.

Perbuatan gila! - Pembunuhan bayi dikerat 15 dilakukan individu sakit mental, tiada hati perut
 
 photo Bayi Kerat 15 Perbuatan Gila_zpsnpb6eqz7.jpg

Kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Norizwanti Ahmad berkata, tindakan pelaku berkenaan di luar kewarasan manusia normal dan ada kemungkinan ia dilakukan dalam keadaan tidak sedar. 

Penduduk PPR Kempas Permai turut terkejut dengan penemuan cebisan mayat bayi yang terperangkap di loji kumbahan kawasan perumahan itu. 

Pekerja kilang, Ismail Daud, 47, yang tinggal di Blok C PPR itu berkata, jenayah itu dilakukan oleh manusia yang tiada hati perut kerana ia terlalu kejam. 

"Mungkin ini adalah kejadian mengerikan selepas kes Mona Fendy yang menggemparkan negara apabila mangsa dikerat 18 bahagian," katanya yang tidak menyangka kejadian seumpamanya berlaku di flat terbabit. 

Penduduk Maznah Rahmat, 42, berkata kawasan loji berkenaan berpagar dan agak sukar bagi mana-mana individu menceroboh masuk. 

"Perbuatan itu amat tidak bertanggungjawab dan kejam, bukan saja penghuni di PPR ini mendapat nama yang tidak baik, malah seluruh masyarakat di sini juga menerima tempiasnya kerana ada manusia yang berhati iblis dalam kalangan kami." 

"Apalah dosa bayi berkenaan hingga dibunuh dan anggota badannya dipotong seperti itu. Manusia yang waras tidak dapat menerima perbuatan seperti itu," katanya. 

Sumber : Harian Metro Edisi 19-05-2015 bersamaan 1 Syaaban 1436H

No comments: