Maya Karin Kembali Menyanyi

KEHADIRAN Maya Karin, gadis jelita kelahiran Bayreuth, Jerman ini yang begitu menonjol sebagai aktres sehingga pernah meraih gelaran Pelakon Filem Wanita Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik di Fukuoka, Jepun membuatkan kebanyakan kita lupa bahawa kerjaya seninya bermula sebagai artis rakaman.

Kini, selepas empat tahun tidak mengeluarkan album, Maya yang baru saja menamatkan kontrak tiga minggu lalu sebagai pengacara Channel V akan memberi tumpuan terhadap proses pembikinan album ketiganya.

"Kini tiba masanya saya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembikinan album. Saya menggunakan khidmat komposer Audi Mok yang sudah menyiapkan empat lagu dan akan direalisasikan pada akhir tahun ini.

"Saya juga terpaksa korbankan masa pada bulan Ramadan ini untuk memasuki studio dan berharap semua kerja rakaman dapat disempurnakan sebelum Aidilfitri. Sepanjang proses pembikinannya, saya sendiri banyak membabitkan diri dengan mengadakan perbincangan dengan Audi Mok, terutama mengenai konsep album.

"Sebelum ini ramai peminat mengatakan saya dilihat tidak begitu yakin dalam bidang nyanyian, apatah lagi saya sendiri jenis yang cepat bosan dan mahu mencari cabaran baru dalam kerjaya seni.



"Tetapi apa yang saya inginkan dalam album terbaru ini adalah agar semua lagu yang dihasilkan berbeza dari sudut komposisi muzik supaya peminat yang mendengar akan merasakan kelainan yang bakal saya tonjolkan dengan muzik lebih segar," katanya yang kini sedang sibuk mengikuti promosi dua filem terbarunya iaitu Anak Halal dan 1957: Hati Malaya.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke ditemui pada sidang media bersama syarikat rakaman barunya, Satu Music Entertainment yang dinaunginya bersama beberapa rakan artis yang lain iaitu Nurfatimah, Shazzy, Sad Angry Babies (SAB) dan Meet Uncle Hussain (MUH).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pengurus syarikat itu, Kimmy Nafisah, berkata biarpun Satu Music Entertaiment baru ditubuhkan Jun lalu, tetapi kerana bakat dan kredibiliti yang ditonjolkan, kesemua artis mereka mudah dikenali.

"Saya amat bersyukur kerana dalam masa yang terlalu singkat, mereka cepat dikenali umum kerana bakat nyanyian mereka. Apa yang membanggakan, lagu mereka juga pernah menjadi lagu tema kepada beberapa drama dan filem kita. Macam SAB untuk filem Kayangan dengan lagu Sabarlah dan Terakhir, drama bersiri Gol & Gincu dengan lagu Bila Lagi, manakala MUH untuk drama bersiri Kami dengan Lagu Untukmu.

"Selain bakat mereka yang dipuji, saya dapat melihat komitmen yang diberikan setiap mereka dan sikap mereka itu begitu dihargai. Seperti Maya yang kini juga sedang sibuk dengan pelbagai aktiviti seni, tetapi masih sempat hadir ke majlis ini untuk diperkenalkan kepada media.

"Bercerita mengenai kontrak, setiap mereka mengikat kontrak selama tiga tahun. Kita juga memberi kebebasan kepada mereka untuk berkarya dengan lebih banyak," katanya.



Info Album Maya Karin

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Album pertama berjudul Erti Cinta diterbitkan pada 2002.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Album kedua terbitan MIG Records berjudul Qalamaya berkonsepkan moden dan kontemporari diterbitkan pada 2004.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Melalui album keduanya Maya turut menyelitkan dua lagu saduran Indonesia dan Perancis berjudul Nurlela dan Mawar Portugal.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Lagu Nurlela pernah dipopularkan oleh Titi DJ manakala Mawar Portugal pula adalah lagu rakyat yang membawakan kisah mengenai kesan peperangan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Tidak ketinggalan pada albumnya itu juga Maya turut membuktikan bakatnya dalam penciptaan lagu dengan mencipta dua lagu Inggeris berjudul Take Me Higher dan Chocolate.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Ibunya Che Zan Hassan turut menyumbang lirik untuk album kedua Maya berjudul Kisah Cinta.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Album ketiga bakal siap sepenuhnya awal tahun depan yang akan menggunakan khidmat komposer Audi Mok.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Konsep yang bakal diketengahkan adalah Pop Komersial, dan lagu Di Sudut Gelap Mentari kini baru saja siap dirakamkan.














No comments: